Thursday 21 December 2017

Tabiat Membeli Secara Online

Tabiat membeli-belah secara online sudah menjadi trend dalam kalangann masyarakat Malaysia. Ia semakin berkembang dengan pantas menjelang tahun 2018.

Ini kerana kemudahan membeli-belah secara online jauh lebih mudah dan tidak membebankan. Ditambah pula ia lebih menjimatkan masa serta kos, keperluan membeli-belah secara online mampu menyelesaikan masalah berbelanja pada masa kini.

Trend berbelanja secara online sudah menjadi amalan rakyat Malaysia apabila mereka menjadikan amalan itu sebagai rutin mingguan, bulanan atau tahunan dalam membeli barangan yang diingini.

Pada tahun 2018, lebih 2 juta pelanggan baharu yang akan berbelanja secara online. Ia sekali gus meningkatkan 30 peratus kekerapan membeli-belah secara online secara bulanan.

Tahun 2017 memperlihatkan fenomena dalam industri e-dagang melonjak naik lebih-lebih lagi apabila permintaan bagi perkhidmatan kurier oleh Pos Malaysia turut meningkat.

Melihat trend perniagaan secara online sekarang, pada tahun 2018 bakal berkembang pesat sehingga membuatkan ia mengubah cara berbelanja rakyat di negara ini.

Jika tahun-tahun sebelum ini, 75 peratus penghantaran barangan e-dagang adalah dari Kuala Lumpur ke negeri-negeri luar seperti Pulau Pinang, Johor dan Terengganu namun ia semakin berubah kebelakangan ini apabila kebanyakan penghantaran berlaku di kawasan-kawasan luar bandar, termasuk Sabah dan Sarawak.

Kini, tilam pun pelanggan akan membelinya secara online.

Kajian Sikap Pembayaran Pengguna Visa melaporkan, populariti membeli-belah secara online rakyat Malaysia telah meningkat sembilan peratus berbanding tahun 2016u dengan 76 peratus rakyat Malaysia menyatakan mereka membeli-belah secara online sekurang-kurangnya sekali sebulan.

Kajian itu juga menunjukkan kategori teratas untuk belian secara online adalah pembayaran bil 58 peratus, fesyen 52 peratus dan tempahan perjalanan 52 peratus.

Jika pada awalnya, Facebook adalah medium untuk masyarakat berkomunikasi antara satu sama lain, kini telah berubah menjadi medan untuk pelanggan dan pembeli membincangkan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

No comments:

Post a Comment