Setiap hari kita tidak terlepas daripada mengucapkan perkataan yang membawa maksud janji walupun tidak menyebut perkataan ’saya berjanji’. Ini kerana terdapat perkataan lain yang sebenarnya membawa maksud berjanji seperti seperti ’saya akan’, ’lain kali’, ’lepas ini’ dan seumpamanya.
Sebab
itu, kita perlu berhati-hati dalam berkata-kata. Sesungguhnya mengucapkan perkataan
bermaksud janji dianggap sebagai telah membuat janji biarpun tidak menyebut
berjanji.
Semua
janji perlu dianggap penting dalam kehidupan kita. Menepati janji adalah
sendi kehidupan Muslim yang menjadi tanda kepada keimanan.
Oleh
itu, jangan mudah mengucapkan janji jika difikirkan tidak mampu ditepati. Allah
memerintahkan agar setiap orang beriman menyempurnakan janji yang
dibuat.
Firman
Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Sempurnakan janji-janjimu.”
(Surah al-Maidah, ayat 1).
Menepati
janji adalah sifat terpuji yang harus dilakukan setiap Muslim sepertimana
diamalkan di kalangan para rasul. Kekuatan peribadi para rasul dalam
menepati janji disebut dalam al-Quran, sebagai bukti kenabian seseorang
nabi.
Firman
Allah bermaksud: “Sesungguhnya dia (Nabi Ismail) adalah benar menepati janji,
dan adalah dia seorang rasul lagi berpangkat nabi.” (Surah Maryam, ayat 54).
Diriwayatkan,
Nabi Ismail telah berjanji menemui seseorang pada suatu tempat yang
ditentukan. Malangnya orang yang berjanji itu tidak datang. Nabi
Ismail terus sabar menanti orang itu selama 22 hari lamanya. Tindakan Nabi
Ismail adalah berdasarkan kemungkinan orang itu terlupa dan mungkin akan datang
pada hari berikutnya apabila mengingati mengenai janji itu.
Setiap
janji untuk melakukan kebaikan wajib ditepati dengan sedaya usaha.
Bagaimanapun, janji melakukan perbuatan dosa tidak wajib ditepati, bahkan haram
ditepati. Janji melakukan dosa tidak termasuk dalam maksud janji yang
disuruh dilaksanakan. Bahkan, janji melakukan keburukan adalah ditegah
sama sekali.
Menepati
janji menjadi amalan dalam masyarakat yang mementingkan suasana hidup yang
harmoni, sejahtera dan beretika. Masyarakat yang bertamadun dan maju
mengutamakan konsep menepati janji.
Sesungguhnya,
apabila membuat janji, bermakna telah terbentuk satu tanggungjawab
melaksanakannya. Tanggungjawab adalah amanah. Sesiapa tidak
melaksanakan amanah dipanggil pecah amanah. Individu yang mementingkan
harga diri sudah tentu tidak mahu dirinya dikenali sebagai tidak amanah.
Orang
yang tidak amanah tidak akan dipercayai untuk diserahkan tugas yang
penting. Hal ini sudah tentu merugikan diri sendiri. Sekali identiti
tidak amanah terlekat pada diri, sukarlah untuk dibuang daripada ingatan orang
lain.
Sikap
tidak amanah, tidak menepati janji dan bercakap bohong mempunyai kaitan
rapat. Tidak keterlaluan jika dikatakan orang tidak amanah layak
dipanggil pencuri, seperti kata pepatah, senohong gelama ikan duri, bercakap
bohong lama-lama jadi pencuri.
No comments:
Post a Comment