Saturday 10 July 2021

KHASIAT GUARANA BERFUNGSI TAMBAH TENAGA

 
Banyak lelaki berdepan dengan masalah kesuburan berpunca pelbagai sebab. Situasi tersebut mendatangkan masalah besar terutama kepada lelaki berkahwin. Kualiti sperma sangat penting sebagai pengukur untuk mengetahui tahap kesuburan lelaki. Ini berkait rapat dengan cara hidup dan pemakanan.

Lelaki yang tidak subur atau berdepan dengan masalah sperma tidak berkualiti atau berdepan masalah untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai suami dan sukar untuk menghamilkan isteri. 

Salah satu cara untuk meningkatkan kualiti sperma lelaki ialah mengamalkan pemakanan sihat, terutama herba atau produk yang telah terbukti diamalkan secara meluas di seluruh dunia dan telah lama digunakan. 

Contoh produk kesihatan yang digunakan secara meluas ialah biji buah guarana yang mempunyai nilai khasiat yang tinggi. Khasiat guarana telah dimanfaat masyarakat di Amazon sejak dahulu lagi. Kehebatan masyarakat asli di Amazon banyak dikaitkan dengan guarana. 

Guarana kaya dengan guaranin, asid amino, bahan galian, vitamin, karbohidrat, tannin dan theine. Biji guarana menjadi sumber tenaga dan pemangkin kesihatan yang hebat.

Guarana dianggap buah ajaib dan paling berharga di kalangan penduduk di Amazon. Mereka memakan biji guarana untuk menambah tenaga dan mengekalkan kesihatan. Ia sesuai bagi sesiapa sahaja, tanpa mengira jantina atau umur.

Gizi dari biji guarana mudah diserap oleh badan manusia dan dengan itu menjadi makanan kesihatan yang dapat bertindak pantas. 

Sebenarnya, guarana bukan sahaja mampu menambahkan kesuburan di kalangan lelaki, bahkan juga wanita. Badan yang sihat banyak mempengaruhi tahap kesuburan pasangan yang berkahwin.

Untuk ibu-ibu yang mengandung, guarana dapat mengurangkan mabuk hamil dan menambahkan kandungan hemoglobin dalam darah, berfaedah untuk memastikan jumlah oksigen yang mencukupi dibekalkan kepada janin.

Kepada ibu dalam pantang selepas bersalin, guarana bertindak sebagai penggalak tenaga dan mempercepatkan pembaikan tisu selepas bersalin dan mengecutkan semula rahim.

Guarana juga membantu mengawal pusingan haid dan mengurangkan ketidakselesaan semasa haid seperti pening kepala, kekejangan perut, loya, penahanan air dalam badan, bengkak dan lain-lain lagi.

Pengambilan atau menggunakan produk berasaskan biji guarana kini tidak sukar. Ia didatangkan dalam bentuk serbuk yang dimasukkan ke dalam kapsul mahupun diadun terus dalam produk kesihatan seperti minuman pracampuran. Selain itu, ia juga dijadikan ekstrak yang lebih mudah dimanfaatkan.

Banyak kebaikan guarana. Ia bukan untuk meningkatkan tenaga seksual semata-mata. Banyak manfaat lain yang terhasil dengan mengamalkan pengambilan produk mengandungi ekstrak biji guarana.

Antara kebaikan dan khasiat guarana ialah:
- Menghalang saluran darah jantung daripada tersumbat. 
- Menguatkan badan. 
- Kurangkan bengkak dan henti pendarahan luaran. 
- Penjagaan kulit dan kosmetik. 
- Menguatkan keupayaan seks. 
- Melawaskan kencing. 
- Awet muda. 
- Menguatkan sIstem imun 
- Merendahkan kolesterol dan asid lemak. 
- Melindungi hati. 
- Memperbaiki sistem penghadaman. 
- Mengaktifkan sel-sel dan sistem saraf. 
- Memerangi radikal bebas. 
- Sumber tenaga utama. 
- Fungsi menyembuh yang unik.   
- Mencegah bengkak, bisul. 
- Memperbaiki aliran darah. 
- Melegakan anemia. 
- Menghindarkan kesejukan kaki dan tangan. 
- Mengawal keguguran rambut. 
- Membaiki tekanan darah. 
- Mengimbangkan kandungan gula dalam darah. 
- Mengawal kencing manis. 
- Menghindarkan rasa kepenatan.  
- Menambahkan kesuburan.  
- Mengurangkan mabuk hamil. 
- Menambahkan kandungan hemoglobin dalam darah. 
- Membantu janin mendapat jumlah oksigen mencukupi. 
- Mempercepatkan pembaikan tisu selepas bersalin. 
- Mempercepatkan pengecutan rahim.  
- Membantu mengawal pusingan haid. 
- Mengurangkan ketidakselesaan semasa haid. 
- Menghalangkan saluran darah tersumbat
- Meningkatkan keupayaan otak. 
- Melegakan sakit kepala, sakit saraf, sakit sendi. 
- Membantu proses penghadaman. 
- Meningkatkan kadar penyerapan zat makanan. 
- Menghentikan sembelit. 
- Mencegah keracunan makanan. 
- Menghilangkan kesan jerawat

Ekstrak biji guarana bukan ubat. Ia persediaan herba tradisional. Kesan penggunaan menunjukkan tanda-tanda berbeza-beza antara individu. Elok digunakan secara berterusan bagi mendapat kesan terbaik. 

Dapatkan guarana secara dalam talian. 
Klik pautan di bawah. 
Mudah cepat murah.

No comments:

Post a Comment