Perahu kolek pelancongan milik seorang penduduk Kampung
Tanjung Kuala Sabak, Kota Bharu digunakan untuk menyusuri Sungai Pengkalan
Datu. Perahu kolek yang biasanya digunakan untuk nelayan menangkap ikan di luat,
telah disesuaikan untuk membawa pelancong menyusuri sungai.
Perahu kolek nelayan di Kampung Tanjung Kuala Sabak memang
terkenal dengan keindahan badan yang terdapat ukiran dan warna yang cantik, menarik
minat sesiapa yang berkunjung oerkampungan yang nelayan yang terletak di muara
Sungai Pengkalan Datu.
Dengan adanya perahu kolek yang dikhusus untuk membawa
pelancong, diharap menjadi daya penarik lebih banyak pelancong datang di kampung
tersebut.
Pemilk perahu kolek itu, Ramlee Mat membelanjakan kira-kira
RM200 ribu untuk membina dan menyiapkan perahu yang turut mendapat sentuhan
daripada pakar membuat perahu dari Thailand.
Perahu kolek berukuran 12.2 meter panjang dan tiga meter lebar
milik Ramlee itu adalah yang terbesar berbanding perahu kolek lain yang
terdapat di Kampung Tanjung Kuala. Kini terdapat kira-kira 30 buah perahu kolek
ditempatkan di jeti Tanjung Kuala Sabak yang mana digunakan untuk ke laut oleh
nelayan persisir pantai.
No comments:
Post a Comment