Beliau menggantikan Jeneral Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi yang bakal bersara wajib pada November depan.
Zamrose dilahirkan pada 22 September 1962 di Seremban, Negeri Sembilan, serta memulakan kerjaya dengan menyertai latihan Pegawai Kadet pada 1980 dan seterusnya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada 24 Januari 1981.
Pasukan pertama beliau ditempatkan ialah di Batalion Kelapan Rejimen Askar Melayu Diraja (8 RAMD) sebagai ketua platun.
Sepanjang tempoh 39 tahun perkhidmatan, setakat ini, beliau telah menyandang pelbagai jawatan penting dalam TDM dengan jawatan terakhir sebelum ini ialah Panglima Medan Timur.
No comments:
Post a Comment