Monday, 21 December 2020

EJAAN BETUL 'TALAPIA', 'TILAPIA'?

Ejaan betul ‘ikan talapia’ atau ‘ikan tilapia’? Mungkin kita tidak perasan mana ejaan sebenar. Kita menulis atau membaca kedua-dua perkataan itu dengan membawa maksud yang sama iaitu sejenis ikan air tawar yang terkenal di negara kita.

Seperti biasa, jika ada keraguan mengenai ejaan, rujukan tepat lagi sahih ialah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Carian melalui laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka untuk perkataan ‘talapia’ tiada ditemui perkataan tersebut.

Manakala carian kata ‘tilapia’ menemukan keputusan iaitu sj ikan darat, Macrognathus aculeatus; tilapia rumput sj ikan darat, Tilapia mossambica. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Definisi perkataan ‘tilapia’ mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua pula nama sj ikan air tawar yg berasal dr Afrika, Tilapia spp..

Maka terang lagi bersuluh, ejaan betul ialah ‘tilapia’ dan bukannya ‘talapia’ untuk maksud sejenis ikan.


No comments:

Post a Comment