Tuesday, 29 December 2020

SEJARAH KFC DI MALAYSIA BERMULA 1973

Sejarah KFC di Malaysia. Sebut sahaja ayam goreng, pasti ia dikaitkan Kentucky Fried Chicken (KFC). KFC sinonim dengan ayam goreng biarpun ia juga memasarkan menu lain.

KFC mula bertapak di Malaysia buat pertama kali pada tahun 1973 di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Sebenarnya, A&W adalah rantaian makanan segera yang pertama diperkenalkan di Malaysia iaitu pada tahun 1963. 

Kebanyakan restoran makanan segera mula berkembang dan diterima masyarakat di Malaysia sejak penghujung tahun 1970-an dan pada awal tahun 1980-an.

Cawangan KFC meliputi tiga jenis iaitu restoran pandu lalu, restoran di pusat membeli belah dan restoran sahaja.

Sebahagian besar pelanggan KFC terdiri daripada kelas menengah dan atasan yang mementingkan kebersihan, keselesaan dan kualiti produk.

Memandangkan majoriti penduduk negara ini beragama Islam, setiap aspek proses pembuatan makanan restoren KFC mengikut kawalan ketat dan menerima sijil halal yang hanya diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

No comments:

Post a Comment