Wednesday, 19 November 2025

KEBAIKAN PENGGUNAAN MINYAK ZAITUN

 
Kebaikan minyak zaitun. Buah zaitun merupakan buah pelbagai kegunaan. Ia telah digunakan sejak beribu tahun dahulu iaitu kira-kira 6,000 hingga 7,000 tahun dahulu.
 
Buah zaitun merupakan sumber makanan yang menyihatkan. Selain membekalkan tenaga ia juga mengandungi antioksidan, minerals, phyto-sterols dan juga vitamin-vitamin tertentu.
 
Kesan penggunaan minyak zaitun ini dapat dilihat pada tabiat pemakanan Mediterranean yang kurang menghidap penyakit jantung, stroke selain membantu memperbaiki lipid pada sel darah.
 
Oleuropein dan oleocanthal merupakan dua bahan antioksidan yang baik. Ditambah pula dengan kandungan vitamin E dan carotenoid, ia membantu dalam menentang kanser, keradangan, penyakit koronary arteri, kerosakan pada sel saraf, dibetes dan lain-lain lagi.
 
Vitamin E juga merupakan antioksidan terlarut yang baik, diperlukan untuk mengekalkan fungsi mukosa membrane sel dan kulit dengan melindunginya dari radikal bebas oksigen.
 
Ini ditambah lagi dengan kandungan mineral seperti kalsium, magnasium dan zink. Malah ia juga mengandungi sejumlah vitamin penting seperti B-komplek iaitu niacin dan choline, serta asid pantothenic.
 
Minyak zaitun merupakan antara minyak yang baik digunakan untuk masakan kerana kurang mengandungi minyak tepu (saturated fat), sebaliknya mengandungi linoleic (omega-6) dan linolenic acid (omega-3), iaitu lemak-lemak penting dengan nisbah 8:1.
 
Itu hanyalah sebahagian kebaikan minyak zaitun tidak termasuk faedah penggunaannya untuk rambut dan kulit seperti yang telah lama diketahui. Minyak zaitun telah digunakan untuk tujuan ini sejak ribuan tahun dahulu.
 
Minyak zaitun merawat kulit kering dan beberapa lagi masalah kulit selain menghilangkan kesan parut. Ia juga adakalanya mampu merawat jangkitan kulat pada kulit dan kuku.
 
Keistimewaan minyak zaitun:
- Awet muda 
- Antiradang
- Mencegah penyakit
- Mengawal tekanan darah
- Mengawal kencing manis
- Menurunkan kadar kolestrol
- Mengandungi antioksidan yang tinggi
- Mencegah sakit jantung, serangan strok
- Menghalang pengerasan pembuluh darah
- Membantu mengatasi masalah penghadaman
- Menggalakkan pertumbuhan bakteria baik (Probiotik) di dalam usus

No comments:

Post a Comment