Tuesday, 2 December 2025

URUTAN REFLEKSOLOGI MELANCARKAN PENGALIRAN DARAH

 
Sebahagian kotoran atau toksid itu akan mendap pada saluran darah balik (vena) yang pada akhirnya akan mengganggu fungsi organ-organ tubuh yang bersangkutan dan akhirnya akan terjadilah penyakit. Penyakit terjadinya penyumbatan dalam saluran darah balik (vena) ini disebutkan dengan istilah "varicosevena".
 
Salah satu cara untuk melancarkan pengaliran darah ialah daengan melakukan terapi urut refleksologi. Urutan akan menanggalkan kotoran-kotoran atau sumbatan pada saluran darah pergi (arteri) sehinggalah darah dapat mengalir dengan sempurna ke seluruh organ tubuh yang memerlukannya.   
 
Tanpa adanya halangan, maka organ tubuh akan dapat bekalan yang cukup baik oksigen maupun zat-zat makanan dan pada akhirnya setiap organ itu akan dapat berfungsi dan menjalankan kerja-kerjanya dengan sempurna. 

Ia juga akan menanggalkan kotoran-kotoran yang melekat dalam saluran darah balik (vena) sehingga proses penghantaran darah yang mengandungi toksid sama ada karbon dioksida ataupun kotoran ataupun sel-sel yang sudah mati akan berjalan dengan baik, sehingga semua kotoran yang seharusnya terbuang akan dapat dibuang dengan sempurna.  
 
Kotoran-kotoran ini akan terbuang dengan melalui 4 cara iaitu air kencing, najis, peluh dan pernafasan.
 
Dengan urutan refleksologi akan melancarkan peredaran darah dalam badan sekaligus menyahkan punca kepada penyakit. Anda boleh lakukannya sendiri di rumah. 

Urutlah dengan memberi tumpuan kepada organ-organ yang disentuh. Ini adalah kaedah terbaik dalam memberi keberkesanan pada setiap urutan.  
 
Walau bagaimanapun, urutan yang berterusan dan buat sekerap mungkin adalah sangat membantu mempercepatkan pulih dari sakit.
 
Selepas melakukan urutan refleksologi biasanya akan berlaku tindakbalas atau kesan seperti:
- Kencing lebih kotor atau bau yang lebih busuk dari biasa. 
- Bahagian tertentu akan terasa sakit untuk beberapa ketika.
- Rasa letih, lesu dan mengantuk.
- Timbul gatal-gatal pada kulit
- Berak cair atau berminyak
- Kepala terasa sakit
- Muntah-muntah
- Banyak buang angin
- Urat darah nampak timbul
- Berpeluh banyak dan kadang-kadang likat
- Rasa lebih ringan dan lebih cergas

Baca juga

No comments:

Post a Comment