Mat Kilau dikenali kerana keberanian menentang penjajah Inggeris
di Pahang. Dia membantah pelaksanaan sistem Residen yang mengurangkan kuasa
Sultan dalam hal-ehwal pentadbiran, sekali gus mengetepikan peranan pembesar
tempatan serta kesejahteraan rakyat.
Walaupun penentangan Mat Kilau tidak berjaya menyekat kemaraan
British, setidak-tidaknya dapat menyedarkan pihak British agar tidak memandang
remeh terhadap keupayaan rakyat tempatan yang memiliki kekuatan tersendiri.
Mat Kilau dianggap musuh utama British. Ini memaksa dia bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk menyembunyikan diri, sehingga ke Kota Bharu, Kelantan. Di Kota Bharu, dia tidak terlepas daripada menjadi perhatian pihak berkuasa Inggeris.
Pihak Inggeris berjaya mengesan kedudukan Mat Kilau yang membawa kepada penangkapannya. The Free Press melaporkan bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya akibat cantasan pedang. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah".
Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free
Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum, tamatlah sudah riwayat
Mat Kilau.
Akan tetapi, apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Mat Kilau tidak mati seperti disangkakan.
Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai penderhaka oleh Inggeris, Mat Kilau terpaksa mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke tempat lain dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930, Mat Kilau juga menukar namanya beberapa kali, dengan nama akhirnya ialah Mat Siam.
Dalam bulan Disember 1969, Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim, keluar daripada persembunyiannya dan memperkenalkan dirinya yang sebenar. Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai, maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya.
Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau, maka Mat Kilau dibawa ke kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah membaca Quran dan kemudiannya mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.
Pengisytiharan ini telah menggemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan Jawatankuasa Penyiasat Munchul-nya Mat Kilau yang dibentuk pada 8 Januari 1970.
Beberapa orang telah ditemu ramah bagi membuktikan bahawa Mat
Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari
Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri
Besar Pahang, Tan Sri Yahaya Mohd Seth.
Pada 24 April 1970, Mat Kilau telah memberikan kebenaran kepada pihak Utusan Melayu untuk menerbitkan kitab kepunyaan beliau, Kitab Mat Kilau, sebuah kitab kompilasi doa dan amalan mistik seperti ilmu kebal dan penguat diri.
Berdasarkan buku itu, kitab ini ditulis beliau, dan diserahkan bagi
jagaan kerabat diraja Kelantan ketika persembunyiannya sebelum diserahkan
kepada Utusan Melayu bagi penerbitan kepada masyarakat awam.
Orang terakhir yang diamanahkan menyimpan kitab ini ialah Wan Alim bin Wan Hasan, murid Menteri Besar Kelantan, Nik Mahmud Nik Ismail.
Pada hari Ahad 16 Ogos kira-kira pukul 6.45 pagi, setelah 10 hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia di rumahnya di Batu Lima, Paya Besar.
Mat Kilau ketika itu dipercayai berusia 122 tahun, namun
menurut buku Laporan Jawatankuasa Penyiasatan Mat Kilau, beliau meninggal dunia
ketika berusia 104 tahun.
Jenazah Mat Kilau dikebumikan di Kampung Kedondong.
Mat Kilau dianggap musuh utama British. Ini memaksa dia bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk menyembunyikan diri, sehingga ke Kota Bharu, Kelantan. Di Kota Bharu, dia tidak terlepas daripada menjadi perhatian pihak berkuasa Inggeris.
Pihak Inggeris berjaya mengesan kedudukan Mat Kilau yang membawa kepada penangkapannya. The Free Press melaporkan bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya akibat cantasan pedang. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah".
Akan tetapi, apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Mat Kilau tidak mati seperti disangkakan.
Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai penderhaka oleh Inggeris, Mat Kilau terpaksa mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke tempat lain dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930, Mat Kilau juga menukar namanya beberapa kali, dengan nama akhirnya ialah Mat Siam.
Dalam bulan Disember 1969, Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim, keluar daripada persembunyiannya dan memperkenalkan dirinya yang sebenar. Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai, maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya.
Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau, maka Mat Kilau dibawa ke kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah membaca Quran dan kemudiannya mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.
Pengisytiharan ini telah menggemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan Jawatankuasa Penyiasat Munchul-nya Mat Kilau yang dibentuk pada 8 Januari 1970.
Pada 24 April 1970, Mat Kilau telah memberikan kebenaran kepada pihak Utusan Melayu untuk menerbitkan kitab kepunyaan beliau, Kitab Mat Kilau, sebuah kitab kompilasi doa dan amalan mistik seperti ilmu kebal dan penguat diri.
Orang terakhir yang diamanahkan menyimpan kitab ini ialah Wan Alim bin Wan Hasan, murid Menteri Besar Kelantan, Nik Mahmud Nik Ismail.
Pada hari Ahad 16 Ogos kira-kira pukul 6.45 pagi, setelah 10 hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia di rumahnya di Batu Lima, Paya Besar.
Baca juga

No comments:
Post a Comment