Saturday, 13 February 2021

KEBAIKAN ANJING SUKA MANDI

Satu persamaan sifat anjing dan kucing ialah tidak suka kepada air. Namun, terdapat anjing yang bersikap sebaliknya. Anjing yang sejak kecil dibiasakan dengan air akan lebih selesa untuk suka dengan air, bahkan bermain dalam selut atau lumpur.

Sebenarnya, banyak kebaikan anjing suka kepada air. Pertamanya, ia dapat menyejutkan badan anjing. Berendam akan menyebabkan anjing kurang tekanan atau stress. Anjing yang buka berendam dalam air akan lebih tenang dan jinak, serta bijak.

Kebaikan kedua anjing suka mandi atau berendam dalam air ialah dapat membersihkan diri. Ia dapat mengelak daripada terkena penyakit berkaitan kulit seperti kurap dan kudis.

Namun, satu masalah kepada tuan anjing ialah kalau yang suka mandi sendiri. Apabila keluar dari tempat mandi atau tempat berendam tanpa pengawasan tuan, pasti akan membasahkan lantai, permaidani, kerusi dan sebagainya.

Lebih bermasalah apabila keluar sahaja dari bekas air, ia akan berguling-guling di atas tanah yang pasti akan menyebabkan debu dan kotoran lain melekat pada bulunya.

Jadi, pemilik perlu berhati-hati atau mengawasi anjing yang suka mandi agar tidak mendatangkan masalah.

Gambar oleh: Beng Khieu

No comments:

Post a Comment