Belangkas
kini mendapat permintaan tinggi penggemar makanan eskotik. Tengok pada bentuk
badan, ramai tidak menyangka isi dan telur belangkas boleh dimakan.
Belangkas sejenis
haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas
mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit. Belangkas adalah
dari famili Limulidae.
Nama
saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan
yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.
Haiwan
ini merupakan artropodlaut yang bentuk badannya mirip kepada topi besi tentera,
tetapi lebih leper dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia
boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus
boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang
menakjubkan.
Daging
dan telur belangkas dikopek dari cengkerangnya sebelum dimasak. Biasanya
dibuat gulai asam pedas dan masak lemak.
Namun,
diingatkan kepada mereka yang tidak biasa mengopek atau mengeluarkan isi dagang
dan telur belangkas, mereka perlu mempelajari atau mengetahui bahagian-bahagian
tertentu badan belangkas.
Tidak
semua bahagian badan belangkas boleh dimakan. Ini kerana terdapat sejenis
toksin yang boleh memberikan ketidakselesaan seperti rasa pening.
Belangkas
semakin diminati sebagai makanan eskotik. Kini terdapat banyak restoran
menyediakan hidangan belangkas yang mendapat permintaan ramai.
Belangkas
yang pada masa lalu tidak laku dan tidak diminati kini telah menjadi hasil
dagangan ekspot. Terdapat pengusaha yang mengeksport belangkas ke luar negara.
Memandangkan
permintaan belangkas semakin tinggi dan menyebabkan populasinya berkurangan,
kerajaan melalui kerjasama pusat pengajian tinggi dan agensi penyelidikan
berkaitan sumber air menjalankan kajian terperinci mengenai belangkas, terutama
berkaitan pembiakan serta habitatnya.
Jika
penangkapan belangkas dilakukan dalam skala yang banyak ia berdepan masalah
kepupusan. Ini kerana proses pembiakan mengambil masa agak lama. Belangkas
mengambil masa lama untuk matang seperti bertelur saja, prosesnya selepas
mencecah usia 10 tahun.
Dalam tempoh sembilan tahun, belangkas akan salin kulit. Tahun kesepuluh pula
ia baru mencari pasangan untuk mengawan.
Belangkas mempunyai nilai perubatan tinggi. Selain daging, telur dan darah, kulit
(karapas) belangkas yang selama ini menjadi bahan terbuang tapi kini mempunyai
nilai tinggi.
Kulitnya didapati mempunyai nilai kerana mengandungi kitin (bahan mentah
menghasilkan kitosan dan berguna sebagai makanan untuk diet atau mengurangkan
berat badan) yang tinggi berbanding biasa ditemui pada udang atau cangkerang
ketam.
Kitosan dalam dunia perubatan digunakan untuk menyerap lemak dalam badan yang
dijual dalam bentuk kapsul.
Memandangkan
permintaan tinggi terhadap belangkas, kini terdapat usaha pemeliharaan
belangkas di dalam sangkar.
No comments:
Post a Comment