Wednesday 23 March 2022

PINTU GERBANG UTAMA UPM

 
Salah satu identiti sesebuah universiti ialah pintu gerbang utama memasuki kampus. Ia dianggap sebagai tanda memasuki kota ilmu yang menjadi kebanggaan semua warganya.

Salah satu pintu gerbang utama universiti yang menarik ialah Pintu Gerbang Utama UPM (Universiti Putra Malaysia).

Projek pembinaannya dilaksanakan sekitar tahun 2001 melibatkan naik taraf jalan masuk utama dari persimpangan Masjid UPM. Ia melibatkan pembinaan Pintu Gerbang Utama dan Pos Keselamatan. Ianya termasuk pembinaan bulatan kecil.

Firma arkitek mengilhamkan konsep reka bentuk Pos Keselamatan Utama ini berasaskan futuristik atau masa depan. Masih kelihatan gah dan tak lapuk ditelan masa.

No comments:

Post a Comment