Friday 18 March 2022

Burger untuk anak-anak pulau

 
Ketika melusuri paparan di Muka Buku, kerap ambo melihat gambar atau laporan mengenai program yang dikenali ‘burger untuk anak-anak pulau’. 

Ratusan biji burger disediakan untuk diagih-agihkan kepada kanak-kanak di kepulauan delta Sungai Kelantan seperti Pulau Renjuna, Pulau Haji Nik Mat, Pulau Seratus, Pulau Beluru, Pulau Pantai Baru, Pulau Pantai Suri, Pulau Tongkang dan Pulau Cendol. 

Antara individu yang dipertanggungjawabkan untuk mengagih-agihkan burger tersebut ialah Roslan Ismail yang turut dikenali dengan gelaran Roslan Pulau Seratus dan Abe Lan.

Jadi, setiap Jumaat, kanak-kanak pasti akan menanti-nanti kedatangan Abe Lan ke lokasi mereka untuk mengagih-agihkan burger.

Di sebalik program mingguan itu, ada individu yang berhati mulia yang menjadi tonggak berlangsungnya program tersebut. Beliau ialah Amran Rahman (nama di Muka Buku – tidak pasti nama penuhnya).

Amran aktivis kemasyarakatan telah ‘kenal’ pulau dan menjadikan pulau destinasi utama untuk melakukan kerja-kerja kebajikan sejak tahun 2015 lagi.

Bukan sahaja menghantar ratusan biji burger setiap minggu untuk dinikmati kanak-kanak pulau, banyak lagi bantuan lain yang dihulurkan olehnya atas nama sendiri mahupun NGO.

No comments:

Post a Comment