Dalam
dialek Kelantan timun batang adalah merujuk kepada timun dalam istilah bahasa
baku atau cucumber dalam bahasa Inggeris.
Manakala
timun dalam dialek Kelantan adalah merujuk kepada tembikai mengikut istilah
bahasa baku atau watermelon dalam bahasa Inggeris. Tembikai juga dipanggil
timun cino (Cina).
Timun
batang ulam sebenarnya tidak banyak beza dengan timun batang biasa. Perbezaan
hanya bentuknya lebik kecil. Seakan-akan timun batang biasa yang masih kecil.
Timun
batang ulam sesuai dijadikan ulam kerana rasanya rangup. Bahagian isinya lebih
tebal, sedangkan empulur atau bahagian tengah yang turut mengandungi biji agak
kecil.
Jadi,
ia menjadi pilihan mereka tidak minat makan bahagian empulur. Memang ada
individu yang akan membuang bahagian empulur.
Selain
dibuat ulam, ia juga sesuai dijadikan sebagai bahan menu lain seperti timun
batang biasa.
Ia
sangat mudah didapati dan disediakan. Hanya perlu potong untuk dijadikan ulam
segera.
Sesetengah
orang mungkin menambah cuka untuk digaulkan bersama lobak merah, bawang dan cili
sebagai acar.
Apa
pun cara hidangan yang anda suka, timun memang sesuai dimakan selalu untuk
mendapatkan kebaikannya yang banyak.
No comments:
Post a Comment