Arak diharamkan di dalam Islam kerana banyak memberi keburukan dari segi
fizikal, rohani, ekonomi dan masyarakat.
Oleh sebab itu, meminum arak
juga dianggap satu amalan tidak baik oleh penganut agama lain serta pakar
psikologi dan sosialogi.
Ini telah banyak dibuktikan melalui
kajian-kajian ilmiah sama ada dari segi sains, psikologi dan kemasyarakatan
menunjukan kebenaran yang jelas bahawa sesetengah jenayah dan keruntuhan akhlak
dan moral yang berlaku dalam masyarakat di antara lain berpunca dari gejala
arak.
Meminum arak boleh membawa akibat-akibat yang
sangat buruk terhadap diri peminum, keluarga dan masyarakat.
Pada
dasarnya terdapat dua kesan yang ketara pada penagih alkohol terhadap kesihatan
dan perhubungan sosial, bagi individu yang meminum arak iaitu kesan jangka
pendek dan jangka panjang.
Kesan jangka pendek pengambilan alkohol lebih
kurang satu botol besar menjadikan seseorang itu kurang daya koordinasi seperti
tidak boleh berjalan dengan betul dan tidak boleh membuka pintu.
Dalam masa yang singkat ini juga boleh
menyebabkan hangover. Hangover lazimnya disebabkan oleh keracunan alkohol,
bahan lain dalam alkohol dan tindakbalas ketagih alkohol.
Namun, malang sekali perkara itu dipandang mudah sehingga minuman keras
menjadi kebiasaan muda-mudi, meneguknya di mana-mana tanpa malu dan segan lagi,
halal dan haram dipandang sepi, asalkan nikmat sementara dirasa sesekali.
Hakikatnya, arak bukan perkara yang mendatangkan kebaikan, kecuali dalam
beberapa situasi. Namun perkara itu tidak seharusnya dijadikan
alasan kepada pengambilan arak kerana kesan buruknya lebih besar.
Perkara ini dijelaskan Allah SWT melalui firman yang
bermaksud: "Mereka bertanya kepadamu khamar (arak) dan judi.
Katakanlah pada keduanya dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Tetapi
dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya." (Surah Baqarah ayat 219).
Sesungguhnya meminum arak daripada pada amalan syaitan yang mana sudah
pasti tidak memberi apa-apa kebaikan, melainkan bertujuan untuk mendatangkan
kebaikan.
Syaitan akan menggunakan pelbagai cara untuk merosakkan manusia,
termasuklah perbuatan meminum arak. Sesiapa ingin mencapai kejayaan dalam hidup
hendaklah meninggalkan perbuatan disuruh oleh syaitan.
Firman Allah SWT bermaksud: "Wahai orang beriman, bahawa sesungguhnya
arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang anak panah
adalah semata-mata kotor (keji) daripada perbuatan syaitan, oleh itu hendaklah
kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Surah al-Maidah ayat 90).
No comments:
Post a Comment