Wednesday 18 May 2022

KEBAIKAN GINGKO BANTU MINDA LEBIH CERDAS

 
Gingko biloba atau ada juga menyebutnya ginkgo biloba adalah sejenis tumbuhan yang didapati daripada pokok gingko. Gingko dikenali seluruh dunia dan menjadi pilihan mereka yang mementingkan kesihatan. 

Para saintis telah menemui dalam ginkgo dua sebatian kimia yang bertindak sebagai ubat iaitu flavonoid dan terpenoid.

Flavonoid adalah antioksidan berasaskan tumbuhan. Peranan antioksidan amat penting untuk melindungi diri daripada ancaman radikal bebas yang menjadi punca kebanyakan masalah kesihatan yang dihadapi kini. 

Kajian makmal dan kajian ke atas haiwan menunjukkan bahawa flavonoid melindungi saraf, otot jantung, saluran darah dan retina daripada kerosakan.

Terpenoid pula memperbaiki aliran darah dengan mengembangkan saluran darah dan mengurangkan kelekitan platlet.

Oleh itu ramai yang mengambil produk gingko percaya bahawa ia boleh meningkatkan daya ingatan, menajamkan pemikiran dan juga mengatasi masalah peredaran darah.

Kebaikan Gingko Biloba:
- Memperbaiki pengaliran darah.
- Meningkatkan prestasi otak.
- Mengubati sakit kepala dan migrain.
- Mengubati masalah kemurungan.
- Merawat penyakit asma.
- Merawat tinitus (masalah pendengaran).
- Merawat glaucoma (masalah penglihatan).
- Membaiki peredaran darah.
- Meningkatkan kesihatan jantung.
- Memberi perlindungan kepada pusat memori.
- Antikanser

Dapatkan gingko secara dalam talian. 
Klik pautan di bawah:

No comments:

Post a Comment