Demi
mencintai busana Kelantan, maka tertubuhlah Persatuan Pencinta Seni Busana Kelantan
yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
Dianggotai
kira-kira 200 orang pencinta busana Kelantan, Persatuan Pencinta Seni Busana
Kelantan dianggotai pelbagai kaum di Kelantan, termasuk Siam.
Kamus
Dewan Edisi Keempat mendefinisi busana sebagai pakaian yang lengkap dan indah-indah.
Busana
Kelantan bukan sahaja lengkap dan indah, bahkan memperlihatkan nilai seni masyarakat
berbilang kaum di Kelantan yang penuh estetika, iaitu cabang falsafah yang
mengkaji konsep yang berkaitan dengan keindahan, cita rasa dan lain-lain.
Jadi,
busana Kelantan secara langsung menceritakan tentang jati diri dan kekuatan akal
budi pemakainya.
Ahli
Persatuan Pencinta Seni Busana Kelantan sering dijemput untuk menyertai atau
memeriahkan program yang dianjurkan oleh kementerian, jabatan dan NGO.
Memang
kehadiran mereka sering mendapat perhatian pengunjung yang dapat melihat
individu berpakaian busuna Melayu mahupun bangsa lain secara langsung.
Semoga
lebih banyak mereka yang mencintai busana Kelantan yang terteraskan kepada keutuhan
seni, kekuatan jati diri dan cinta bangsa.
No comments:
Post a Comment