Manusia
dipertanggungjawabkan untuk menjaga alam sekitar agar berada dalam keadaan semulajadi,
selamat dan sesuai untuk didiami manusia, flora dan fauna. Tanggungjawab itu
terangkum dalam misi tugas sebagai khalifah. Setiap apa yang dilakukan terhadap
alam sekitar mempunyai kaitan langsung dengan amanah ini.
Bumi
atau alam ini amat sensitif kepada perbuatan manusia. Allah memberi
peringatan sikap manusia telah melakukan kerosakan di muka bumi ini akibat
kerakusan dan amalan mendustakan nikmat dianugerahkan Allah.
Firman
Allah: “Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut, disebabkan usaha tangan
manusia, kerana Tuhan hendak merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat)
perbuatan mereka, supaya mereka kembali.” (Surah ar-Rum, ayat 41).
Masalah
pemanasan global yang dialami sekarang ini tidak boleh dipandang mudah. Usaha
pemulihan segera perlu dilakukan untuk mengelak kesan buruk menjadi semakin
serius.
Jika
dunia mengalami kesan panas secara berterusan, dikhuatiri dalam tempoh 10 tahun
akan datang beberapa buah negara pulau dijangka akan tenggelam kerana
peningkatan paras air laut akibat pencairan ais di kutub.
Malaysia
biarpun bukan menjadi penyumbang utama kepada fenomena pemanasan global, tetap
menyatakan komitmen untuk turut sama memainkan peranan dan usaha untuk
mengatasi masalah itu demi untuk kepentingan sejagat.
Pengurusan
teknologi hijau secara berkesan adalah antara yang dilakukan oleh kerajaan
untuk mengurangkan kesan pemanasan global. Bahkan kerajaan telah menubuhkan
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang antara lain berperanan
'mengurus' teknologi hujau.
Teknologi
hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk
memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan
kesan negatif daripada aktiviti manusia.
Teknologi
hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria
meminimumkan degrasi kualiti persekitaran. Kriteria lain turut menekankan
kepada pembebasan gas rumah hijau (GHG) yang rendah atau sifar.
GHG selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih
baik untuk semua hidupan. Selain itu ia menjimatkan tenaga dan sumber
asli, serta menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
Pengurusan
hijau yang mampan mampu memberi kesan positif dalam usaha melestarikan alam
sekitar agar ia terus selamat di diami oleh manusia dan makhluk
lain.
Menjaga
alam sekitar adalah sebahagian tugas manusia sebagai khalifah dan ia termasuk
dalam amalan yang mendatangkan pahala untuk dibawa ke alam akhirat.
Gambar: Hiking Bukit Gua Kambing
No comments:
Post a Comment