Saturday 12 February 2022

AIR TERJUN LATA KERTAS, DAERAH DABONG

 
Kawasan Taman Rekreasi Lata Kertas, Daerah Dabong, Jajahan Kuala Krai semakin terkenal di kalangan penduduk setempat, mahupun pengunjung dari luar. Tempat tersebut sesuai untuk aktiviti berkelah, mandi manda dan riadah bersama ahli keluarga.

Jarak Taman Rekreasi Lata Kertas dengan bandar atau pekan terdekat adalah 12 kilometer dari bandar Dabong dan 56 kilometer dari Bandar Jeli. Manakala dari Bandar Gua Musang pula adalah sejauh 75 kilometer dan jaraknya dengan Air Terjun Gunung Stong adalah 7 kilometer.

Antara kemudahan yang tersedia di kawasan perkelahan tersebut ialah seperti wakaf, laluan pejalan kaki, tandas awam, surau dan juga kedai.

Keindahan semula jadi tempat ini pasti memukau setiap pengunjung yang datang dan ingin datang berulang kali kemudiannya. Terdapat satu air terjun di Lata Kerta yang cukup cantik, biarpun tidak berapa tinggi. 


No comments:

Post a Comment