Pertubuhan
Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) cuba bertindak pantas membantu sekadar termampu
kepada mangsa kebakaran di Berek 12.
Namun,
bantuan itu tentu tidak sepantas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Tahniah
kepada seluruh anggota JBPM yang bertindak pantas dan melakukan tugas melawan
marak api yang menjulang tinggi.
Wakil
PCAK hadir dengan sedikit sumbangan, diharapkan dapat sedikit memadamkan resah
di hati mengenangkan nasib masa depan.
PCAK
bukan NGO kayangan yang mempunyai dana jutaan ringgit, tetapi baharu mencari
kekuatan untuk menjadi sebahagian pejuang nasib asnaf dan golongan memerlukan
bantuan.
Sumbangan
makanan untuk mangsa kebakaran disumbangkan oleh Dr Rahimie Sayutti, Klinik
Primer Cherang, antara penyumbang yang sering menyokong program PCAK.
Semoga
Dr Rahimie dan seluruh penyumbang lain dimurahkan rezeki dan mendapat keredaan
Allah.
PCAK
menjalankan aktiviti membantu asnaf dengan menggunakan dana sumbangan orang
ramai.
Anda
juga boleh menjadi sebagai sebahagian ahli keluarga PCAK sama ada sebagai
sahabat atau penyumbang untuk menjayakan program PCAK agar lebih banyak lagi
asnaf dapat dibantu.
Untuk
maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi PCAK, Fazliyaton Daud di talian
011-1941-3639.
Pihak
yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084
(MBSB).
Pertubuhan
Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan:
PPM-006-03-30032021
No comments:
Post a Comment