Antara
tindakan atau keadaan yang menyebabkan seseorang warganegara kehilangan taraf
kewarganegaraan ialah apabila individu itu mendapat kewarganegaraan negara
lain.
Perlembagaan negara menetapkan seorang individu hanya boleh memegang satu
taraf kewarganegaraan saja.
Terdapat
negara lain yang membenarkan rakyatnya memperoleh atau memegang dua
kewarganegaraan atau lebih pada satu-satu masa.
Perkara
24. Pelucutan kewarganegaraan kerana memperoleh atau menggunakan
kewarganegaraan asing, dsb.
(1)
Jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa mana-mana warganegara telah
memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara di luar Persekutuan melalui
pendaftaran, penaturalisasian atau perbuatan sukarela dan formal yang lain
(selain perkahwinan), maka Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah
melucutkan kewarganegaraan orang itu.
(2) Jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa mana-mana warganegara telah
menuntut dan menggunakan dengan sukarela di mana-mana negara di luar
Persekutuan apa-apa hak yang terdapat untuknya di bawah undang-undang negara
itu, iaitu hak-hak yang diberikan secara khusus kepada warganegara negara itu,
maka Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan
orang itu.
(3) (Dimansuhkan).
(3A) Tanpa menjejaskan keluasan Fasal (2), penggunaan hak undi dalam mana-mana
pemilihan politik di sesuatu tempat di luar Persekutuan hendaklah disifatkan
sebagai penuntutan dan penggunaan yang sukarela suatu hak yang terdapat di
bawah undang-undang tempat itu; dan bagi maksud Fasal (2), seseorang yang,
selepas tarikh yang ditetapkan* oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah
bagi maksud Fasal ini-
(a) memohon
kepada pihak berkuasa sesuatu tempat di luar Persekutuan supaya pasport
dikeluarkan atau dibaharui; atau
(b) Menggunakan pasport yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa itu sebagai
dokumen perjalanan, hendaklah
disifatkan dengan sukarela menuntut dan menggunakan suatu hak yang terdapat di
bawah undang-undang tempat itu, iaitu suatu hak yang diberikan secara khusus
kepada warganegara tempat itu.
(4) Jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa mana-mana perempuan yang
menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Fasal (1) Perkara 15 telah
memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara di luar Persekutuan oleh sebab perkahwinannya
dengan seseorang yang bukan warganegara, maka Kerajaan Persekutuan boleh
melalui perintah melucutkan kewarganegaraan perempuan itu.
Adalah
menjadi hak individu untuk memilih mana-mana kewarganegaraan jika dia
berpeluang berbuat demikian. Tidak terkecuali di kalangan warganegara
Malaysia yang memilih memohon menjadi warganegara negera lain.
Jika
itu pilihan mereka, biarkan. Mereka sudah tidak sayangkan negara ini.
Jika
benar mereka sebagai warganegara yang amat cintakan Malaysia, sudah pasti tidak
akan timbul langsung niat atau tindakan untuk cuba mencari kerakyatan di negara
lain.
Justeru,
biarkan sahaja mereka berbuat demikian dan pergi mencari mana-mana negara lain
yang lebih baik berbanding Malaysia mengikut pandangan mereka sendiri.
Malaysia
tidak memerlukan rakyat yang tidak setia kepada negara. Kalau terus tinggal di
Malaysia mereka akan menjadi perosak kepada perpaduan dan nilai patriotisme
rakyat lain.
No comments:
Post a Comment