Pantai Kandis satu lokasi perkelahan di jajahan
Bachok. Biarpun baharu dikenali, ia sudah menjadi tumpuan pengunjung.
Sepertimana pantai-pantai lain yang
terkenal di jajahan Bachok, daya penarik utama Pantai Kandis ialah keadaan tepi
pantai yang luas dan landai menjadikan ia amat sesuai untuk aktiviti
berkumpulan atau berkeluarga.
Pantai yang bersih dengan hamparan pasir
putih dan halus menjadikan amat sesuai untuk melakukan aktiviti pantai.
Pantai Kandis berada dalam daerah Telong. Aktiviti
pelancongan pantai sebenarnya baharu terkenal di daerah Telong. Sebelum ini aktiviti
pelancongan pantai lebih tertumpu di daerah Melawi yang berada di utara daerah
Telong.
Untuk sampai ke Pantai Kandis, pengunjung perlu
melalui Jalan Malawi – Pulau Kambing, kemudian memasuki Lorong Masjid Mukim
Kuala Kandis sehingga sampai ke tepi pantai.
No comments:
Post a Comment