Wednesday, 10 May 2023

KAPAL TERBANG SEKINCHAN DI TENGAH SAWAH

 
Kapal terbang Sekincang tular. Kapat terbang di tengah sawah di Sekincan menarik perhatian ramai apabila ia tular di media sosial. Banyak pengunjung yang tertarik dan mengambil gambar kenangan jika melalui kawasan berkenaan. Malah yang sanggup memandu jauh semata-mata ingin melihat keunikan kapal terbang di tengah sawah itu.  

Zaman sekarang, sudah banyak pengusaha yang ingin membuka kafe hispter. Mana tidaknya, bak kata orang, ikut trend terkini. Anak-ank muda khususnya sangat sukakan kafe yang sebegitu.
 
Justeru ada ushawan yang sanggup membeli sebuah kapal terbang usang dengan harga RM3 untuk diubah suai dijadikan restoran atau kafe. Kapal terbang yang mula ditempatkan di tengah-tengah sawah padi di Sekinchan, Selangor pada 16 April 2022 dalam keadaan lusuh tidak ubah seperti besi buruk, kini sudah berubah wajah.
 
Kapal terbang tersebut mendapat perhatian mereka yang melalui Parit 5, Ban 3, Sekinchan untuk bergambar. Malah, setelah ia tular di media sosial, banyak yang sanggup memandu jauh menuju ke lokasi kapal terbang semata-mata ingin melihatnya sendiri dan tidak melepas peluang untuk bergambar berlatar belakang kapal terbang yang berada di tengah-tengah sawah.
 
Lokasi tersebut bakal menjadi tumpuan ramai kerana bukan sahaja keindahan pemandangan kapal terbang, tetapi kawasan sawah padi itu sendiri adalah panorama cantik yang menarik perhatian ramai, terutama mereka yang berasal dari bandar.
 
Berdekatan kapal terbang Sekinchan ada hotel atau homestay baharu yang dikenali Padi Sentral.

No comments:

Post a Comment