Saya lahir
dalam keluarga miskin, membesar sebagai anak orang miskin, hidup sebagai orang
miskin dan sampai sekarang berjiwa orang miskin.
Kami 16
beradik membesar sebagai anak orang miskin, Ayah bertugas sebagai imam masjid dan juga bercucuk tanam demi kelangsungan hidup sekeluarga dibantu anak-anak. Alhamdulillah, kami tak
pernah lapar dan semua kami ke sekolah. Kesemua adik beradik ada rezeki masuk universiti.
Setiap tahun bila nak masuk sekolah, ayah akan pastikan semua anak dapat uniform baharu walaupun hanya sehelai. Baju dan kasut sekolah kena basuh sendiri. Berjalan kaki melalui batas sawah sebagai jalan pintas dan mengekal melalui jalan raya yang agak sibuk dan sempit.
Keperluan
sekolah kami sentiasa dipenuhi sehingga kami boleh belajar dengan sempurna.
Kami duduk di
rumah kayu yang sederhana dibina hasil program “Rumah Mara” yang konsepnya macam
Rumah Mesra Rakyat sekarang ini. Majlis Amanah Rakyat (MARA) membina rumah yang disubsidi
dan kena bayar sebahagiannya.
Kemudian ayah
besarkan rumah itu sedikit-sedikit apabila bilangan anak bertambah. Walaupun
hanya rumah kayu tapi bersih dan selesa.
Nak ajak kita
renung, walaupun miskin, tak perlukan kos pun untuk ambik parang dan tebas
semak samun keliling rumah. Ambik penyapu dan jadikan halaman rumah bersih dari
sampah sarap. Boleh saja ringankan tangan pastikan keadaan dalam rumah tersusun
rapi.
Bukan perlu
belanja pun untuk lipat dan susun kain baju, bersihkan sisa makan, buang sampah
sarap dari dalam rumah dan pelbagai kerja lagi. Bukan syarat bila tuan rumah
miskin maka segala pandangan yang tak sedap di mata ada di rumah kita walhal
tuan rumah sihat saja.
Lantai rumah
sampai melekit dan berlumut. Boleh hidup dalam keadaan begitu. Rumah sudah jadi
macam stor simpan sampah. Sampah sarap di mana-mana bahagian rumah. Lainlah
kalau tuan rumah sakit terlantar.
Apakah dengan
sebab miskin maka anak-anak perlu ke sekolah dengan baju kotor dan comot. Nak
basuh baju anak bukan perlukan kos pun. Hanya perlu guna tenaga. Kalau ibu
tidak larat, anak-anak yang sudah boleh berdikari boleh basuh sendiri. Tidak
ada mesin basuh boleh basuh guna tangan.
Banyak juga
rumah orang miskin yang kemas dan tersusun rapi. Rumah kayu biasa tapi sedap
mata memandang. Depan rumah macam-macam ditanam sayuran buat makan keluarga.
Ayam itik ada. Kambing pun ada seekor dua. Sekali imbas, terdetik di hati
bahawa tuan rumah ini rajin!
Jangan miskin
harta, jiwa juga miskin. Kebersihan itu separuh daripada keimanan. Biar miskin
tetapi kaya jiwa dan keimanan.
Setiap tahun bila nak masuk sekolah, ayah akan pastikan semua anak dapat uniform baharu walaupun hanya sehelai. Baju dan kasut sekolah kena basuh sendiri. Berjalan kaki melalui batas sawah sebagai jalan pintas dan mengekal melalui jalan raya yang agak sibuk dan sempit.
Gambar sekadar hiasan
No comments:
Post a Comment