Persidangan Tahunan UMNO Cawangan merupakan penanda aras
kesetiaan ahli peringkat akar umbi terhadap UMNO. Ini terbukti apabila
persidangan cawangan-cawangan dapat diadakan sepertimana diperuntukkan oleh Fasal 17.3 Perlembagaan UMNO.
Ahli yang
dijemput menghadiri mesyuarat datang menunaikan tanggungjawab dengan keyakinan
bahawa UMNO adalah parti yang kekal relevan sebagai wadah perjuangan untuk
ahlinya menpertahankan agama, bangsa dan negara.
Penglibatan
ahli-ahli cawangan membabit semua peringkat umur daripada veteran, wanita,
pemuda dan puteri yang dapat mengadakan mesyuarat mengikut sayap masing-masing.
Kejayaan sayap
Pemuda dan Puteri mengadakan mesyuarat membuktikan golongan muda masih berminat
untuk berjuang bersama-sama sebagai meneruskan kesinambungan perjuangan
generasi terdahulu.
Menariknya, ada
cawangan yang ahli Pemuda dan Puteri melebihi bilangan golongan veteran, yang
signifikan bahawa sokongan golongan muda menjadi aset penting parti.
No comments:
Post a Comment