Wednesday, 30 April 2025

EKSPORT BUAH-BUAHAN KE CHINA MENINGKAT

 
Menurut statistik suku pertama tahun ini, kastam lapangan terbang Zhengzhou telah mengurus pengimportan 1,501 tan buah-buahan Malaysia dalam 136 kumpulan. Aangka ini masing-masing meningkat 178 peratus dan 156 peratus berbanding suku sebelumnya. 

Pada 7 Januari tahun 2025, kekerapan penerbangan Raya Airways menerusi laluan Zhengzhou-Kuala Lumpur ditambah daripada tiga kali seminggu kepada enam kali seminggu. Dengan 65 penerbangan sepanjang suku pertama telah menerbangkan 4,304.4 tan buah-buahan dari Malaysia.

Begitu banyak buah Malaysia yang diangkut ke pasaran China mengikut jalan udara, dikatakan mengisi “bakul buah” pengguna China, sekali gus mengundang lebih banyak peluang untuk mengembangkan perdagangan China-Malaysia.

Durian adalah buah paling mendapat sambutan di China.

No comments:

Post a Comment