Friday, 18 April 2025

KEINDAHAN TERUSAN DI AMSTERDAM

 
Belanda kaya dengan keindahan alam semula jadi. Negara asal susu Cap Junjung itu adalah negara pertanian dan penternakan yang berjaya di Eropah. Menariknya berkunjung ke Belanda ialah dapat menikmati suasana di terusan menggunakan bot persiaran. 

Terusan Amsterdam dibina pada abad ke-17 untuk memudahkan pengangkutan barangan dan orang, serta membangunkan bandar. Jaringan terusan ini membentang di seluruh bandar Amsterdam, dengan lebih daripada 100 kilometer laluan air. 
 
Terusan Amsterdam telah diiktiraf sebagai Warisan Dunia UNESCO, yang memberi pengiktirafan antarabangsa terhadap keindahan dan sejarahnya. 
 
Terusan ini menjadi destinasi pelancongan utama di Amsterdam, menarik ramai pelancong yang menikmati keindahan dan sejarahnya dengan pelayaran terusan atau berjalan di sepanjang tepi terusan. 
 
Terdapat tiga terusan yang popular di Amsterdam iaitu Terusan Herengracht, Terusan Prinsengracht  dan Terusan Keizersgracht. Ada ratusan jambatan melengkung merentasi terusan sehingga Amsterdam mendapat jolokan Venice Utara.
 
Menyusuri Terusan Singel, terdapat bangunan bersejarah yang unik, 'kurus', tinggi, bertangga sempit dan curam, di bahagian atas bangunan ada takal atau cangkuk untuk memudahkan mengangkat barang dagangan dari tongkang atau bot melalui terusan.
 
Bangunan dibina sedemikian rupa kerana pada abad itu, tanah di sana sangat mahal dan pembeli terpaksa membayar cukai bergantung pada saiz tanah.
 
Ada juga rumah bot yang dihiasi bunga ditambat di pinggir terusan untuk dijadikan kediaman atau disewakan kepada pelancong.
 
Menariknya, tersapat pasar bunga terapung  yang wujud sejak 1862. Di sini terdapat pelbagai bunga terutama tulip, benih bunga dan cenderahati.

Terusan sudah menjadi seperti jalan raya. Bersimpang siul. Pelancong yang kali pertama samapai di situ, tidak sempat untuk mengingati nama-nama terusan tersebut. Walaupun lalu dua tiga kali, terasa seperti belum melaluinya kerana tidak dapat membezakan antara terusan. 
 
Gambar atas - Terusan Damrak


No comments:

Post a Comment