Sunday, 3 November 2019

KEKABU DIGUNA MEMBUAT BANTAL

Pokok kekabu juga dikenali dengan nama kapuk. Manakala di Sabah dipanggil pokok tambaluang.

Pokok kekabu menghasilkan buah yang menghasilkan kekabu yang berupa seperti kapas. Kulit buah kekabu akan merengkah apabila sudah matang dan menampakkan kekabu. Kekabu akan berterebangan ditiup angin.  

Untuk mengelak kekabu berterbangan, buah yang yang telah matang akan dikait.

Kekabu digunakan untuk membuat bantal dan tilam. Gentian yang seakan-akan kapas itu akan disumbat di dalam sarung bantal atau tilam.

Biarpun bantal dan tilam kekabu tidak banyak digunakan sekarang, tetapi ia masih ada peminatnya. Sebab itu, ada pengusaha menjadi pengeluar bantal kekabu.

Bantal atau tilam yang disi dengan kekabu mampu bertahan sehingga 20 tahun, tetapi ia perlu dijauhkan dari air, dan dijemur dan dipukul dengan pemukul rotan bagi menyingkir debu kekabu yang telah hancur.

Kelebihan bantal kekabu ialah bersifat sejuk, memerangkap haba dan tidak mengandungi bahan kimia. Jika selalu dijemur ia kembali 'gebu' dan selesa digunakan.


No comments:

Post a Comment