Pada masa dahulu Port Dickson boleh dihubungi dengan kereta
api dari Seremban. Ia sesuai dengan kedudukan Port Dickson yang menjadi
pelabuhan utama kepada Negeri Sembilan. Kereta api digunakan untuk mengangkut
bijih timah ke pelabuhan.
Landasan kereta api sepanjang 40.23 kilometer itu mula dibina
pada 12 September 1887 oleh syarikat kontrektor Messers Hill & Rathborne.
Laluan melibatkan dari Stesen Seremban, Rasah, Kuala Sawah
dan Port Dickson itu dirasmikan pada 28 Julai 1891 oleh Gabenor Negeri-negeri
Selat, Sir John Frederick Dickson.
Laluan kereta api dari Seremban ke Port Dickson itu merupakan
laluan kereta api yang kelima tertua didalam Malaysia
Laluan ini tidak lagi digunakan apabila ditamatkan
perkhidmatan pada Julai 2008 untuk perkhidmatan kargo. Perkhidmatan kereta api
penumpang telah ditamakan lebih awal lagi iaitu pada awal 90-an.
Laluan sepanjang 40.23 kilometer itu melalui pekan, jalan
raya, perkampungan, taman perumahan, sawah, semak samun, ladang getah dan kelapa
sawit.
Antara lokasi-lokasi penting yang ditempuhi adalah Seremban,
Rahang, Rasah, Kg Rasah, Mambau, Kampung Bemban, Kuala Sawah, Kampung Sega Hulu,
Ladang Salak Siliau, ladang sawit, Loji Penapisan Shell & Esso dan berakhir
di pekan Port Dickson.
Gambar - Landasan dan pelabuhan di Port Dickson pada 1910-an
No comments:
Post a Comment