Mempelam harum manis memang terkenal.
Pengeluar utamanya di Perlis. Malah harum manis sinonim dengan Perlis.
Digelar harum manis kerana ia mengeluarkan
aroma yang harum dan rasanya yang manis. Isinya yang tebal kekuningan
serta rasanya yang enak dimakan bersama pulut sebagai salah satu sajian tradisi
di negeri Perlis. Ia juga enak dimakan begitu sahaja ataupun diproses dalam
bentuk jus atau jem.
Musim mempelam harum manis adalah pada
bulan April dan Mei pada setiap tahun, selama hanya sebulan atau sebulan
setengah. Kini dengan teknologi yang telah dijalankan oleh Universiti
Malaysia Perlis (UniMAP), mempelam harum manis mampu mengeluarkan buah
sepanjang tahun dengan menggunakan kaedah penanaman di bawah struktur
perlindungan hujan.
Kajian percubaan pengeluaran mempelam harum
manis sepanjang tahun telah dijalankan sejak tahun 2011.
Kini penanaman harum manis sudah tersebar di
seluruh Malaysia. Ada pembekal anak pokok harum manis secara dalam talian.
Bolah diposkan ke semua tempat. Namun tidak pula diketahui tentang kejayaan
penanamannya.
Ini ada satu iklan penjualan pokok harum
manis.
Ciri-ciri pokok harum manis (yang dijual):
- Pokok kahwin cepat berbuah seawal 6-8 bulan
- Pokok tidak mudah dijangkiti kuman
- Pokok tahan panas dan hujan
- Kemanisan buahnya yang luar biasa
- Buah juga rasa lemak
- Isinya berwarna kekuningan
- Aroma bau buah yang kuat apabila masak
- Sesuai dengan cuaca Malaysia
- Harga buah mangga ini boleh mencapai RM40/kg
- Pengeluarannya amat terhad dalam Malaysia
- Antara baka mangga terbaik di Malaysia
STOK TERHAD
POS SELURUH MALAYSIA
Catatan – kami bukan penjual anak pokok
harum manis. Ia sekadar berkongsi maklumat seperti yang diiklankan di media
sosial.
- Pokok kahwin cepat berbuah seawal 6-8 bulan
- Pokok tidak mudah dijangkiti kuman
- Pokok tahan panas dan hujan
- Kemanisan buahnya yang luar biasa
- Buah juga rasa lemak
- Isinya berwarna kekuningan
- Aroma bau buah yang kuat apabila masak
- Sesuai dengan cuaca Malaysia
- Harga buah mangga ini boleh mencapai RM40/kg
- Pengeluarannya amat terhad dalam Malaysia
- Antara baka mangga terbaik di Malaysia
POS SELURUH MALAYSIA
No comments:
Post a Comment