Antara kos utama dalam penanaman padi ialah
racun dan baja. Tanpa kedua-duanya hasil padi tidak akan menjadi.
Namun, ada kaedah atau cara menghasilkan
padi tanpa racun dan baja. Hasilnya lebih tinggi dari hasil padi yang menggunakan
baja dan racun kimia.
Pak Aep yang dinobatkan penanam padi
terbaik Indonesia dan dipanggil seluruh dunia untuk mengajar ilmu padi kepada
profesor, doktor dan penyelidik seluruh dunia ada kaedah penanaman padi tanpa
racun dan baja, tetapi hasilnya lebih baik berbanding menggunakan kedua-duanya.
Konsep Pertanian Alami Lestari yang
meletakan hubungan baik manusia dengan Allah SWT, manusia dengan haiwan
termasuk perosak dan haiwan dengan tumbuhan itu sendiri, iaitu padi.
Semua berkaitan tentang ilmu ekosistem
tanah, faham sifat padi dan perosak perlu difahami untuk mencapai kejayaan
tersebut.
Pak Aep menang pelbagai anugerah peringkat
dunia kini berada di Malaysia. Beliau kini ada 19 varieti padi ditanam oleh
beliau untuk kajian dan perbandingan di Malaysia.
Semoga ilmu yang dimiliki beliau
dikongsikan untuk dikembangkan kepada petani di Malaysia.
Kredit maklumat dan gambar Syam Ghaz
No comments:
Post a Comment