Syaikh Dr. Soleh al-Syaibi, Ketua Pemegang
Kunci Kaabah telah meninggal dunia pada 22 Jun 2024. Beliau adalah
penjaga Kaabah ke-109 sejak peristiwa Pembukaan Makkah pada tahun ke-8 Hijrah atau
628 Masihi.
Sebagai penjaga kunci Kaabah, beliau dipertanggungjawabkan membuka, mengunci,
membersihkan, urusan pertukaran kiswah Kaabah dan apa yang berkaitan dengan
kebajikan Kaabah.
Beliau yang juga pemegang PhD dalam bidang
Pengajian Islam merupakan pensyarah di salah sebuah Universiti di Saudi.
Pemegang kunci Kaabah ini sebenarnya hanya
diberikan amanah khusus kepada keluarga Bani Syaibah sahaja setelah Nabi SAW sendiri
memberikan kunci Kaabah kepada Uthman bin Talhah (keluarga Bani Syaibah) ketika
peristiwa Pembukaan Mekah pada tahun ke-8 Hijrah.
Golongan menjadi penjaga atau memegang
kunci Kaabah amat disegani dan dihormati. Oleh itu, sejarah telah mencatatkan
pernah berlaku perselisihan dan rebutan bagi memegang kunci Kaabah.
Kaabah dibangunkan oleh Nabi Ibrahim dengan
dibantu anaknya Nabi Ismail. Penjaga pertama adalah Nabi Ismail kerana Nabi
Ibrahim tidak tinggal di Makkah. Ia kemudian dijaga oleh anak Nabi Ismail,
Thabit, diikuti Mudad bin Amrul Jurhumi dan datuk Thabit sebelah ibunya.
Kaabah kemudian dijaga oleh puak Jurhum,
puak Khuzanah, Qusai bin Kilab dan seterusnya dipegang oleh keturunan Bani
Syaibah turun temurun hingga hari ini.
Mengikut catatan sejarah, Qusai bin Kilab iaitu
moyang Rasulullah SAW yang hidup ketika zaman Khuzaah. Beliau menguasai Makkah
dan hak sebagai penjaga Makkah adalah di tangan mereka.
Qusai amat dihormati pengikutnya daripada
orang Quraiys iaitu keturunan Nabi Ismail. Qusai berkahwin dengan seorang gadis
daripada puak Khuzaah, iaitu anak kepada pemegang kunci Kaabah ketika itu.
Sebelum meninggal dunia, beliau mewasiatkan supaya kunci itu diserahkan kepada
anaknya, iaitu isteri Qusai. Namun permintaan itu ditolak kerana beliau seorang
perempuan.
Kunci itu sebaliknya diserahkan kepada
seorang lelaki daripada puak Khuzaah bernama Abu Ghubshan, seorang kaki arak.
Ketika dalam keadaan mabuk, Abu Ghubshan
menjual anak kunci itu kepada kaum Quraiys sebagai pertukaran bagi mendapatkan
arak.
Apabila menyedai anak kunci Kaabah terlepas
daripada tangan mereka, puak Khuzaah memerangi Qusai dari puak Quraiys. Namun
puak Khuzaah ditewaskan dan dihalau keluar dari Makkah oleh Qusai dibantu dan
disokong oleh orang Quraiys.
Sejak itulah, penghormatan sebagai pemegang
anak kunci dan penjaga Kaabah berada di tangan Qusai dan diwarisi turun
termurun.
Ketika Makkah ditawan tentera Islam pada
tahun kelapan Hijrah atau dikenali tahun Pembukaan Makkah, pemegang kunci
Kaabah ketika itu ialah Usman Abi Talhah yang ketika itu belum memeluk Islam.
Bagi membolehkan Rasulullah SAW memasuki
Kaabah, Ali Abi Talib mengambil kunci itu secara paksa daripada tangan Usman.
Tindakan itu dibantah oleh Usman dengan katanya: “Kalau aku mengakui kerasulan
Muhammad, sudah tentu aku sendiri yang akan menyerahkannya ke tangan beliau.”
Namun bantahan itu tidak diendahkan. Kunci
itu diambil secara paksa. Apabila dicuba membuka pintu Kaabah menggunakn kunci
itu, itu tidak berjaya, sedangkan itulah kunci yang biasa digunakan ketika itu
untuk membukanya.
Ketika para sahabat terus berusaha untuk
membukanya, lalu Jibrail turun menemui Rasulullah SAW dan menyampaikan wahyu
yang bermaksud: 'Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada
yang berhak menerimanya, dan apabila menetapkan hukum antra manusia supaya kamu
menetapkan dengan adil.” (Surah an-Nisa, ayat 58)
Lalu Rasulullah SAW segera mengembalikan
kunci itu ke tangan Usman yang menyambutnya dengan penuh kehairanan lantas
bertanya: “Kenapa pulangkan kunci ini, walhal engkau telah berkuasa dan kota
ini sepenuhnya berada di bawah kekuasaan engkau.”
Lalu dijawab oleh Rasulullah SAW dengan
membaca firman Allah SWT yang baru diterima dari Jibrail
itu.
Tertarik dengan keadilan yang ditunjukkan
oleh Rasulullah SAW dan mengakui bahawa apa yang didengar itu benar dari Allah
SWT, Usman segera memeluk Islam dan menerima kembali kunci itu daripada tangan
Rasulullah SAW. Rasulullah SAW kemudian bersabda: “Peganglah kunci itu untuk
selama-lamanya.”
Turut menyertai Usman memeluk Islam ialah
seluruh ahli keluarganya. Maka itu, kunci pintu Kaabah terus dipegang oleh
keturunan Bani Syaibah sehingga sekarang.
Hanya terdapat sebuah pintu untuk memasuki
Kaabah dan ia dikatakan diperbuat daripada emas tulen seberat 8 tan (8,000
kilogram).
Di dalam Kaabah masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman
Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga
tukar lampu. Apabila lampu ditukar, lampu yang lama disimpan di dalam Kaabah.
Jadi, banyak lampu lama disimpan di dalam Kaabah.
Kaabah dimandikan dua kali setahun, yakni
pada 15 Muharam dan permulaan bulan Syaaban. Acara ini biasanya dihadiri oleh
raja Arab Saudi dan pembesar lain.
Lantai Kaabah dari granit berwarna putih
dan sebahagian dindingnya juga dilapisi granit. Di dalamnya terdapat sebuah hijab
berwarna hijau, emas dan perhiasan.
Kain penutup Kaabah (Kiswah) awalnya dibuat
di Mesir. Namun setelah terbentuknya kerajaan Arab Saudi yang berdaulat, raja
pertama Abdul Aziz memerintahkan agar pembuatan Kiswah dibuat di negara itu
sendiri.
No comments:
Post a Comment