Satu istilah yang biasa digunakan dalam
ungkapan dialek Kelantan ialah “ikut demo, muga kuba demo:. Dalam bahasa
baku boleh diungkapkan sebagai “ikut kamulah, kerana itu kerbau kamu”.
Pemilik kerbau juga bebas sama ada hendak dijual kerbaunya
itu atau disembelih. Pemilik juga boleh memberi percuma kepada sesiapa yang
diingini.
Kuasa dan hak pemilik kerbau adalah mutlak.
Orang lain tidak boleh mempertikaikannya.
Berdasarkan kepada itu, maka timbullah
pepatah atau ungkapan dalam dialek Kelantan “ikut demo lah, muga kuba demo”.
Dalam situasi sekarang, rakyat terpaksa
mengalah dan reda dengan tindakan kerajaan menarik balik subsidi diesel kerana
itu kuasa dan hak kerajaan.
No comments:
Post a Comment