Wednesday, 4 September 2024

BUKU DARI TONG SAMPAH DIMANFAATKAN

 
Pengutip sampah di Ankara, Turki membuka perpustakaan dengan buku yang diselamatkan atau yang dipungut dari tempat pembuangan sambah. Mereka telah menjadikan kilang bata terbiar untuk menempatkan buku-buku yang dikumpul.
 
Kilang bata itu diubah suai menjadi perpustakaan komuniti yang penuh dengan buku terbuang. Pekerja-pekerja ini akan datang membaca buku-buku ini setelah tamat masa bertugas atau apabila ada masa terluang.
 
Mereka telah mengumpul buku yang dibuang ke dalam tong sampah dan merasakan ada yang perlu diselamatkan. Menyedari bahawa ada di kalangan mereka sewaktu membesar tidak mampu dan susah untuk mendapatkan bahan bacaan, maka idea ini terus bermula.
 
Pada mulanya, koleksi buku yang berjaya diselamatkan ini hanya untuk pekerja dan keluarga mereka untuk dipinjam. Tetapi apabila koleksi bertambah dan cerita berkenaan mereka telah tersebar di seluruh masyarakat, perpustakaan ini akhirnya dibuka kepada orang ramai pada 2017.
 
Sehingga pertengahan 2024, buku yang telah diselamatkan telah mencapai lebih 6,000 buah 

No comments:

Post a Comment