Cili padi memang pedas. Namun ia belum cukup pedas
berbanding cili-cili lain yang lebih pedas.
Kepedasan cili diukur dengan unit SHU (Scoville Heat Units).
Cili paling pedas di dunia mengikut rekod rasmi Guinness
World Records ialah cili X dengan purata bacaan 2,693,000 SHU.
Cili paling pedas di Malaysia dan rantau
Asia Tenggara ialah cili goronong dari Sarawak iaitu 200,000 hingga
350,000 SHU.
Manakala cili padi atau cili api yang dianggap pedas
berbanding cili lain ialah 50,000 hingga 100,000 SHU (atau sehingga 225,000 SHU
bergantung pada varieti).
Dengan kata lain cili padi kadar kepedasannya hanya 25
peratus berbanding cili goronong dan hanya kira-kira dua peratus berbanding cili
X.
Jadi, sesiapa tidak tahan dengan kepedasan cili padi, jangan
cuba-cuba makan cili V yang lebih 50 kali ganda kepedasannya atau cili goronong
yang empat kali ganda lebih pedas.

No comments:
Post a Comment