Setiap kali kita merungut. Ketahuilah, bahawa setiap kali
kita merungut, tanpa sedar kita sedang melatih hati untuk melihat kekurangan
dan rasa kecewa serta melahirkan rasa marah.
Akibatnya hidup terasa sempit, nikmat terasa sedikit dan
hidup nampak berat walaupun banyak yang sebenarnya sudah cukup.
Rasa tidak puas hati akan menghukum diri sendiri. Ia menjadi
barah yang merosakkan diri tanpa sedar.
Namun bila kita mula bersyukur, walaupun pada perkara kecil,
hati jadi lapang. Kehidupan yang dilalui terasa bermakna dan masa depan yang
terbentang untuk diterokai.
Syukur bukan sebab semuanya sempurna, tetapi kerana kita
percaya setiap yang Allah beri itu ada hikmah dan cukup untuk kita.
Firman Allah SWT bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu
memberitahu: Jika kamu bersyukur, pasti Aku akan menambah (nikmat) kepadamu.”
(Surah Ibrahim, 14:7)

No comments:
Post a Comment