Kurma
dikenali sebagai buah universal yang sesuai dimakan oleh semua
peringkat umur dan bila-bila masa. Kurma kaya dengan nutrisi yang baik
untuk tubuh, malah ia mengandungi lebih banyak kalori dan karbohidrat.
Ia
juga mengandungi vitamin, mineral dan serat serta antioksidan yang
dapat menjauhkan anda daripada pelbagai penyakit berbahaya.
Sebab itu, amalan makan kurma perlu dilakukan sepanjang tahun dan bukannya hanya ketika berbuka puasa sahaja.
Seperti mana juga buah-buahan lain, kurma mempunyai banyak jenis.
Antara jenis kurma yang terkenal ialah kurma mariami.
Buah
kurma maryami juga dikenali kurma piarom atau kurma coklat. Kurma
mariami salah satu jenis kurma semi-kering yang paling lazat dan kaya
khasiat.
Kurma
mariami mempunyai rasa dan rupa yang unik dan dianggap kurma terbaik
kerana pengeluaran mereka ekslusif di Hajiabad, Iran dalam persekitaran
organik dan bersih.
Kurma mariami adalah kurma panjang, kurus, berbentuk bujur, dengan kulit nipis dan berwarna hampir hitam.
Kurma maryami dapat disimpan selama 18 bulan.
Kurma
mariami mengandungi nutrien penting seperti vitamin (A, B, C dan E),
mineral, zat besi, potasium, magnesium, mangan, protein, serat,
karbohidrat dan gula ringkas.
Sumber
serat yang besar, menggalakkan kesihatan pencernaan, dan juga telah
didapati mampu membantu mencegah kanser tertentu seperti kanser kolon
dan kanser perut.
Kadar
potasium yang tinggi dapat membantu menjaga tekanan darah yang sihat
dan kadar magnesium yang tinggi bermanfaat untuk otot dan saraf. Kurma
maryami sangat baik untuk lelaki.
Mengikut
hasil kajian ahli sains Mesir pula, khasiat kurma terbukti membantu
memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan, mencergaskan minda
serta membantu tumbesaran kanak-kanak.
Ia
juga membantu melicinkan perjalanan darah, menghindari penyakit barah,
merawat buah pinggang, mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran
darah semasa kelahiran.
Rasulullah SAW gemar makan kurma atau mengutamakan memakan kurma berbandinga makanan lain.
Hadis
riwayat Ahmad bermaksud: "Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa
biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka
Baginda Rasulullah akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya
tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air."
Dari
Ibnu Qayyim dalam Tib An Nabawi, Nabi SAW berkata: "Kurma dapat
menguatkan perut, hati, ingatan, untuk mengembangkan pembangunan badan,
menyembuhkan penyakit dan bertindak sebagai makanan dan minuman."
Kurma sarat
dengan serat yang tinggi, gula semulajadi, vitamin (A, B-Kompleks, dan
lain-lain), asid amino dan mineral (kalium, kalsium, magnesium, dan
lain-lain) yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan dan prestasi
puncak kedua-dua minda serta badan.
Satu
kajian mendapati, khasiat kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu
proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan
terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi.
Khasiat kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
Dapatan
kajian juga menyatakan kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah
otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan
selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan.
Di samping itu, kurma dapat menambahkan tenaga seksual.
Mengikut
hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam
membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta
mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak.
Ia
juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit
barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu
mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.
Manakala
sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah
lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah
sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa.
Lemak
yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar
0.4% sahaja.
Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional
memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium,
potassium, vitamin A, C dan niasin.
Pengambilan
kurma sebanyak 65 gram atau lima biji sehari akan membekalkan 40mg
kalium yang boleh mengurangkan 40% risiko serangan penyakit strok.
Kandungan kalium ini membantu menurunkan tekanan darah dan membekalkan tenaga untuk mencegah strok secara langsung.
Khasiat kurma:
- Membekalkan tenaga.
- Menurunkan tekanan darah.
- Mencegah angin ahmar.
- Melancarkan perjalanan darah.
- Mencerdaskan minda.
- Menguatkan urat rahim semasa proses kelahiran.
- Membantu memudahkan kelahiran bayi.
- Menghindar penyakit barah.
- Membantu proses penghadaman.
- Mencegah lemah otot.
- Mengurangkan sengal-sengal badan,
- Mencegah barah urus.
- Menambahkan tenaga seksual.
- Membantu proses tumbesaran.
- Menurunkan paras kolestrol dalam darah.
- Meningkatkan kesihatan jantung.
- Antivirus.
- Mengawal paras gula.
- Menguatkan tulang dan gigi.
- Antioksidan.
- Mencegah keradangan.
No comments:
Post a Comment