Aidilfitri menggambarkan suasana gembira setelah melaksanakan ibadat
puasa dan menyucikan diri daripada perkara kotor dan dosa. Allah membersihkan diri setiap orang yang
melakukan ibadat puasa dengan ikhlas dan sempurna, seperti mana dia baru
dilahirkan.
Jadi,
jangan pula buat dosa atau mengotorkan kebersihan Aidilfitri. Mari kita
bermuhasabah serba sedikit mengenai dosa popular (kesalahan di hari raya) yang
sering diamalkan masyarakat kita ketika menyambut hari raya. Jangan buat tidak
tahu tentang kesalahan ini.
Bersentuh-sentuhan
antara lelaki dan perempuan bukan mahram
Berjabat
tangan di antara lelaki dan wanita berlaku ketika berziarah rumah jiran dan
rakan. Masing-masing menghulurkan tangan untuk bersalam yang dianggap sebagai
tanda memuliakan tetamu atau memohon maaf.
Budaya
ini perlu dihentikan. Haram bersentuhan lelaki dan wanita bukah mahram. Elak
menghulur tangan kepada bukan mahram untuk bersalam. Memadai dengan ucapan
sahaja.
Pakaian wanita
Hari
raya pelung untuk bergaya dan kelihatan cantik. Itu tidak salah, tetapi jangan
berpakaian yang mendedahkan aurat. Maksud mendedahkan aurat bukan sahaja
apabila aurat atau bahagian badan terdedah. Termasuk mendedahkan aurat ialah
berpakian sendat atau ketat dan nipis.
Jangan
sampai tabarruj (berlebihan dalam menghias diri, kerana mampu mengundang fitnah
dan umpat kata orang selain menambah riak dalam jiwa)
Wangian wanita
Golongan
wanita memakai wangian dan solekan ala artis pada musim perayaan sebelum keluar
dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram. Kadangkala dari
jauh lagi kita boleh menghidu bau wangi-wangian yang dipakai secara
berlebih-lebihan ini.
Meninggalkan solat
Hari
raya memang padat dengan aktiviti menerima kunjungan tetamu atau berkunjung ke
rumah orang lain. Kesibukan tahap sampai tiada ruang untuk berehat. Keadaan itu
menyebabkan sampai tidak sempat solat.
Ingatlah,
kita baru selesai menunaikan ibadat puasa yang sepatutnya menambah rasa takwa
dan keimanan. Jangan, kejayaan Ramadan rosak pada Aidilfitri. Solat tiang agama
dan ibadat paling asas menentukan kedudukan iman seseorang.
Tidak memuliakan
tetamu
Perkara
ini berlaku apabila menganggap tetamu tidak penting. Yang datang itu bukan
saudara mara atau kenalan. Jadi, dibiarkan tetamu layan diri. Tuan rumah sibuk
dengan telefon pintar atau gajet telekomunikasi. Sepatutnya, inilah masa
terbaik untuk membentuk hubungan silaturahim, termasuk mereka yang baru
dikenali.
Makan berlebihan
Pelbagai
hidangan yang sedap-sedap dihidangkan pada hari raya. Pun, itu bukan alasan
untuk makam berlebihan. Jangan jadikan hari raya untuk membalas dendam sebulan
tidak boleh makan pada siang hari. Banyak keburukan mengisi perut terlalu penuh.
Aurat antara ipar dan
sepupu
Masa
hari raya masing-masing berkumpul di rumah ibu bapa atau datuk. Jadi, yang yang
hadir itu termasuk ipar duai dan sepupu. Hubungan dengan ipar dan sepupu adalah
bukam mahram. Jadi, batasan aurat mesti dijaga seperti berada dengan bukan
mahram lain. Jangan ambil mudah dalam soal aurat walaupun di dalam rumah.
Termasuk
juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat sehingga
membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.
Bermegah
Sikap
bermegah dengan kekayaan dan kedudukan dapat dilihat pada hari raya. Ada yang menayang
baju mahal yang hebat dan dekorasi rumah yang fantastik. Peluang berjumpa
dengan sanak saudara dijadikan masa untuk bermegah dengan kejayaan yang capai. Mereka
hanya melayan orang sama taraf dengan.
Dosa mengumpat
Bila
lama tidak berjumpa, ramai pula yang menjadikan masa hari raya untuk mengumpat.
Bercerita mengenai orang lain. Macam-macam topik dijadikan borak panjang yang menambah
dosa.
Berhati-hati
agar tidak melakukan dosa atau kesalahan pada hari mulia. Aidilfitri perlu jadi
permulaan untuk kita menjadi lebih baik berbading sebelumnya sesuai dengan keadaan
diri yang telah melalui latihan takwa dan iman sepanjang bulan Ramadan.
No comments:
Post a Comment