Hari raya Aidilfitri
tidak dapat dipisahkan dengan baju raya baharu. Penyediaan baju raya telah dibuat
seawal beberapa bulan sebelum Ramadan lagi. Manakala gedung beli-belah diserbu
apabila semakin hampir hari raya untuk membeli baju raya baru yang belum ada.
Ibu bapa sanggup berhutang semata-mata untuk membeli baju baru untuk anak-anak.
Apakah sebenarnya
hukum memakai baju baru pada hari raya? Adakah amalan itu tuntutan agama atau
sekadar keinginan nafsu?
Abdullah bin Umar berkata,
“Umar mengambil sebuah jubah daripada sutera yang dijual di pasar, lalu dia
mendatangi Rasulullah, kemudian berkata, ‘Wahai Rasulullah, belilah jubah ini
dan berhiaslah dengannya untuk hari raya dan menyambut tamu.’ Maka Rasulullah bersabda,
‘Sesungguhnya ini adalah pakaian orang kafir.” Imam Bukhari meletakkan hadis itu dengan judul
“Bab Tentang Dua Hari Raya dan Berhias di Dalamnya”.
Hal ini menunjukkan
bahawa berhias pada majlis tertentu sudah berlaku pada zaman Rasulullah SAW.
Tentang kata-kata Rasulullah “ini adalah pakaian orang kafir” adalah tegahan
orang lelaki memakai sutera dan bukannya menegah untuk berhias.
Para sahabat juga
berhias dan kelihatan cantik pada setiap menyambut hari raya sama ada
Aidilfitri mahupun Aidiladha.
Namun perlu difahami,
berhias untuk kelihatan cantik tidak semestinya memakai baju baharu dan mahal.
Maksud berhias sudah tertunai dengan memakai pakaian terbaik yang dimiliki.
Tidak kisahlah sudah berapa tahun baju itu dipakai.
Dimaksudkan berhias
pada hari raya adalah pada satu Syawal dan bukannya sepanjang bulan Syawal.
Kalaupun ingin beli baju raya baru, cukuplah sepasang sahaja.
Sesiapa ingin membeli
lebih, jangan kaitkan itu suruhan agama kononnya Islam menyuruh berpakaian
cantik semasa sambutan hari raya.
No comments:
Post a Comment