Semakin
banyak diperkatakan mengenai disiplin pelajar dan remaja, semakin banyak kes
baru membabitkan salah laku timbul. Apa yang jelas, permasalahan ini semakin
serius yang memerlukan tindakan segera secara berkesan untuk mengelak
berlakunya masalah lebih besar kepada masyarakat dan negara.
Kurang
didikan akhlak dikenalpasti punca masalah yang melanda golongan remaja dan
pelajar. Justeru, langkah penyelesaiannya ialah dengan menekankan lebih banyak
didikan akhlak diberikan kepada golongan yang mempunyai peranan besar pada masa
hadapan itu.
Dalam
kes ini, ibu bapa bertanggungjawab mendidik akhlak anak sejak kecil. Jika, ibu
bapa berjaya mendidik anak dengan akhlak yang baik, sudah tentu masalah yang
dihadapi remaja dan pelajar sekarang dapat diatasi.
Dengan
kata lain, perkara pokok wujudnya masalah sosial di kalangan remaja dan pelajar
adalah berpunca kegagalan ibu bapa dalam mendidik akhlak anak masing-masing. Ibu
bapa yang bersikap lepas tangan dalam soal pendidikan akhlak anak berpunca diri
ibu bapa sendiri kurang didikan akhlaknya.
Proses
mendidik anak bermula sejak alam kanak-kanak lagi. Tanam dan suburkan sikap
menghormati ibu bapa, orang dewasa, rakan, berbudi bahasa, jangan berbohong,
sabar dan jujur dalam diri kanak-kanak.
Ibu
bapa tidak boleh berkompromi dengan sikap anak yang nakal melakukan perbuatan
tidak baik. Jangan anggap itu perkara biasa dilakukan oleh kanak-kanak yang
akan bertukar baik apabila meningkat dewasa. Sebenarnya, kebiasaan itu akan
kekal dalam diri jika tidak diubah ketika kecil.
Sesungguhnya
pembentukan akhlak memerlukan masa yang berterusan. Ibu bapa dan keluarga yang
mengamalkan budaya hidup positif adalah sebahagian proses mendidik anak. Penghayatan
dan amalan yang dilakukan hasil dari asuhan ibu bapa, keluarga dan masyarakat
akan membentuk jatidiri seseorang.
Budaya
atau cara hidup masyarakat mempengaruhi nilai diri seseorang. Sebab itu amat
penting seseorang bergaul dalam kelompok yang mengamalkan budaya hidup yang
sihat. Selain ibu bapa dan keluarga, pengaruh rakan sebaya dan persekitaran
paling kuat mempengaruhi pembentuk akhlak remaja.
Justeru,
ibu bapa perlu mengawal anak mereka agar tidak berkawan dengan rakan sebaya
yang bermasalah dalam segi akhlak dan pekertinya. Ibu bapa perlu ambil tahu
dengan siapa anak berkawan dan apa yang dilakukan untuk mengelak anak
terpengaruh dengan unsur negatif.
Bahkan,
masyarakat sepatutnya menegur jika melihat ada golongan remaja yang melakukan
perbuatan yang tidak baik. Sikap masyarakat yang tidak ambil peduli perbuatan
tidak bermoral remaja sebenar mengundang masalah kepada masyarakat
sendiri.
Cara
mendidik bukan dengan secara memberitahu atau menyatakan teorinya saja. Mesti
ada contoh untuk diikuti. Remaja lebih mudah mengikuti apa yang dilakukan orang
dewasa, berbanding mendengar saja itu baik dan ini buruk.
Sesungguhnya,
apa dilakukan ibu bapa lebih banyak mempengaruhi pembentukan akhlak anak-anak
berbanding apa yang dicakapkan. Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa menunjukkan
tauladan yang baik agar mudah diikuti.
Kegagalan
ibu bapa mempamerkan cara hidup yang baik samalah seperti 'mendidik’ anak
melakukan akhlak buruk. Anak mudah meniru apa yang dilakukan oleh ibu bapa dan
menganggapnya sebagai semuanya betul.
Tingkah
laku ibu bapa yang sering memperlihatkan sikap kasar, mencarut, tidak
menghormati orang lebih tua, malas, tidak bertimbang rasa dan biadab
menyebabkan anak turut terpengaruh mengikutinya.
Kasih
sayang adalah pengikat hubungan antara semua ahli keluarga. Rasa disayangi,
dimiliki dan dihormati dapat menghalang diri daripada melakukan perbuatan yang
tidak disukai keluarga. Anak yang terdidik akhlaknya tidak akan mengecewakan
keluarga yang sentiasa mengasihinya.
Remaja
dari keluarga yang subur dengan kasih sayang akan merasakan bahawa setiap apa
yang dilakukan memberi kesan kepada seluruh ahli keluarga. Setiap apa yang
dilakukan akan difikirkan apakah kesan terhadap diri dan keluarganya. Sesuatu
yang buruk sudah tentu akan dijauhi dari dilakukan atau terlibat sama.
Didikan
akhlak adalah harta pusaka paling berharga daripada ibu bapa kepada anak-anak.
Anak-anak yang terdidik akhlaknya dapat menggunakan harta paling berharga itu
sepanjang hidupnya tanpa berkurang sedikit.
Sebaliknya,
anak yang mendapat harta yang banyak daripada ibu bapa, tetapi miskin
akhlaknya, melalui hidup yang sukar. Anak menggunakan harta kekayaan milik ibu
bapa dengan melakukan perbuatan yang akan merosakkan diri sendiri.
Sebab
itu, ibu bapa yang baik lebih mementingkan memberi kasih sayang, mendidik
pekerti mulia dan memberi perhatian kepada anak sebagai bekalan meneruskan
kehidupan yang penuh pancaroba ini.
Individu
yang mengetahui hukum halal haram dan tuntutan syariat tidak akan terlibat
dengan perkara mendatangkan keburukan dan merugikan.
Pemahaman
agama yang betul pasti akan membentuk sahsiah yang menuju ke arah kebaikan. Malah,
perlakuan hasil penghayatan terhadap ajaran agama menjadi perhiasan diri yang
mampu menarik orang lain turut melakukan kebaikan yang sama.
Apa
yang berlaku dalam masyarakat melibatkan semua pihak. Perkara yang baik
dikongsi bersama, manaka yang buruk cuba diatasi dengan bijaksana. Masyarakat
hendaklah menghentikan sikap tuduh menuduh. Tindakan yang sepatutnya ialah
mencari jalan bagaimana memperbaikinya. Pastikan anak tidak lagi terbabit
melakukan perbuatan buruk.
Kita
yakin, jika ibu bapa mampu mendisiplinkan anak di rumah, pasti anak itu akan
berdisiplin ketika berada di luar rumah.
Sikap
meletakkan kesalahan pada pihak lain tidak akan menyelesaikan masalah. Sudah
pasti pihak yang dipersalahkan itu ada keinginan untuk mempersalahkan pihak
lain pula.
No comments:
Post a Comment