Cendawan volvariella dipanggil cendawan
jerami kerana banyak tubuh di celah-celah jerami padi yang sedang mereput.
Kemudian, cendawan volvariella dikenali cendawan kelapa sawit disebabkan kulat
ini juga banyak tumbuh di celah atau di atas tandan dan pelepah kelapa sawit.
Penanaman cendawan volvariell di atas medium
tandan kelapa sawit menjadi pilihan kerana tanda kelapa sawit boleh diperoleh
sepanjang tahun bagi mereka yang tinggal berhampiran kawasan ladang sawit.
Penggunaan tandan kelapa sawit juga dapat membantu memaksimakan penggunaan buangan
industri kelapa sawit yang sekaligus melestarikan alam sekitar.
Jika dalam keadaan semulajadi, kulat jerami
atau kulat kelapa sawit akan tubuh jika ada benih jatuh di situ dan kebetulan
keadaan jerami dalam keadaan mereput dan lembab. Maka, tidak semua di timbunan jerami
dan tandan kepada sawit ada tumbuh cendawan volvariell.
Proses menanam cendawan kelapa sawit bermula
dengan mengumpul tandan-tandan kelapa sawit untuk diperam selama kira-kira 10
hari. Tandan-tanda disiram dengan air dan akan ditutup dengan kanvas plastik. Siraman
air juga perlu dilakukan dengan kerap bagi memastikan ia sentiasa lembap.
Setelah proses ini selesai, tandan sawit
tersebut akan disusun menjadi batas sebagai medium utama untuk penanaman
cendawan. Tempat untuk membuat batas itu boleh dibuat di mana-mana asalkan
kawasan redup atau tidak terkena sinaran matahari secara terus.
Jadi, ia sesuai
untuk dibuat di ladang kelapa sawit, ladang getah dan kebun buah-buahan. Untuk
menanam cendawan jerami tidak memerlukan rumah atau teduhan khusus seperti
menanam cendawan jenis lain.
Penanaman cendawan kelapa sawit secara khusus
tidak mengharapkan kehadiran benih secara semulajadi. Benih cendawan kelapa
sawit akan ditabur atau disemai khusus. Cendawan mula membesar dan ia berbentuk
bulat serta bujur ke atas. Pada ketika ini, cendawan boleh dipetik dan ia perlu
dipasarkan dengan segera. Cendawan volvariella tidak boleh disimpan melebihi
dua hari dalam keadan suhu biasa.
Tanaman cendawan jerami sangat senang untuk
dijaga dan diuruskan selain tidak memerlukan modal yang besar. Untuk menanam
cendawan ini, kami hanya menggunakan konsep tanam, tunggu dan tuai.
Cabaran utama yang dihadapi untuk menanam
cendawan jerami ialah keadaan cuaca dan suhu yang perlu sentiasa lembap bagi
membolehkan ia tumbuh dengan sempurna. Jadi siraman perlu dilakukan setiap hari
agar medium sentiasa lembab.
Penanaman cendawan itu dijalankan secara
berperingkat-peringkat untuk memudahkannya mengutip hasil tanaman pada setiap
hari. Apa yang lebih istimewa, cendawan volvariella itu 100 peratus organik
kerana tidak menggunakan sebarang baja mahupun racun serangga.
Cendawan volvariella mengandungi banyak
khasiat berbanding cendawan jenis lain. Cendawan istimewa ini kaya dengan
protein dan merupakan sejenis cendawan yang paling tinggi kandungan vitamin
serta mineral.
Ia juga bebas karbohidrat dan sangat sesuai bagi mereka yang
sedang mengamalkan diet atau ingin menjaga bentuk badan.
mana nak dapatkan benih cendawan busut ye
ReplyDelete