Permulaan
untuk berubah ialah berubahnya cara berfikir. Kita tidak mungkin berubah jika
cara kita berfikir masih di takuk lama. Ini kerana tindakan kita aalah
berdasarkan apa yang difikirkan. Jika kita berfikir perkara yang baik, maka
tindakan kita juga akan menuju ke arah itu dan seterusnya mencapai
kejayaan.
Untuk
mencapai kebaikan, kita perlu berfikir secara intelektual, yakini berfikir
secara tersusun yang berbentuk analisa terhadap sesuatu perkara. Senaraikan
sebanyak mana kemungkinan berkaitan perkara yang ingin dilakukan atau
diselesikan. Daripada situ, ambillah keputusan yang terbaik berdasarkan
pengalaman diri sendiri atau orang lain, dan dioleh dengan idea-idea yang baru.
Dengan
mengamalkan lebih banyak berfikir, maka lebih banyak idea baru yang dihasilkan
dan ini akan berterusan selagi kita tidak berhenti berfikir. Jadi, jangan
berhenti berfikir walaupun pada awalnya merasakan cetusan idea itu agak bodoh
dan membosankan.
Justeru
amat penting kita melazimkan diri belajar membina keyakinan diri berfikir apa
sebenarnya yang perlu difikir. Belajar apa yang perlu difikirkan adalah penting
untuk melatih diri menyaring perkara yang sepatutnya tidak perlu
difikirkan.
Kita
perlu melakukan aktiviti berfikir secara berterusan, seperti dengan cara
sentiasa mengadakah soalan kepada diri sendiri. Soalan-soalan atau permasalahan
yang ditimbulkan akan membuat kita menerokai dengan lebih mendalam mengenai
sesuatu perkara.
Sebenarnya,
tahap pemikiran seseorang bergantung kepada cara mana dia berfikir. Manusia
dikurniakan dengan minda yang mampu berfikir ke arah kreatif atau kepelbagaian
corak. Kebijksanaan minda melibatkan keupayaan mengembangkan ilmu dimiliki
dengan penuh inovasi dan kreativiti.
Menggunakan
minda secara berterusan tidak menyebabkan ia menjadi haus atau berkurangan. Bahkan,
jika minda tidak digunakan untuk berfikir, ia akan menjadi semakin jumud dan
tertutup kepada kebijaksanaan.
Kita
perlu berfikir untuk mendahului masa ke depan. Kita tidak perlu berfikir jika
hanya ingin bergerak ke belakang. Sesuatu yang di belakang adalah ingatan yang
sesuai dijadikan panduan untuk kita berfikir bagaimana untuk terus bergerak ke
depan.
Tegasnya,
setiap orang perlu sentiasa berfikir. Minda manusia perlu diaktifkan selalu
supaya keupayaannya sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Minda diumpamakan
seperti logam yang perlu sentiasa digilapkan.
Latihan
berfikir perlu dilakukan setiap masa supaya menjadi satu amalan atau budaya
hidup kita. Masyarakat di negara maju sentiasa mengamalkan budaya berfikir. Mereka
sentiasa berfikir untuk mendapatkan dan melakukan sesuatu yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment