Thursday, 23 January 2020

UBAH DIRI SENDIRI UNTUK MENGUBAH NEGARA


Kita sebagai individu tidak mampu untuk mengubah negara kerana ia melibatkan banyak rakyat yang berlainan kaum, agama, adat dan bertebaran di kawasan yang luas.

Jika kita mahu anak-anak kita hidup dalam persekitaran yang bersih dan selamat maka berikrar untuk melakukan perkara yang baik dalam kehidupan seharian anda.

Tiada pemimpin dan individu lain boleh mengubah negara. Anda dan saya yang dapat mengubah negara tercinta dengan mengubah diri kita sendiri. Berusahalah untuk merubah atau memperbaiki diri sendiri.

Sebenarnya banyak perkara yang kita perlu ubah diri sendiri. Tidak sukar untuk melakukan, melainkan sikap negatif telah sebati di dalam diri.

Sekiranya setiap individu berubah, maka ia akan merubah masyarakat secara keseluruhannya. Ketika itu negara akan berubah kepada perkara lebih baik dan positif.

Jom kita pakat amalkan perkara ini:
- Jangan buang sampah di jalan raya 
- Jangan meludah di jalan dan dinding
- Jangan tulis di dinding dan nota mata wang
- Jangan menyalahgunakan dan menghina orang lain
- Jimat air dan elektrik
- Menanam pokok
- Ikut peraturan lalu lintas
- Jaga ibu bapa, datuk dan nenek ,ambil berkat dan sentiasa menghormati mereka
- Hormati wanita
- Berikan jalan untuk ambulans
- Jauhi rasuah
- Gigih berusaha
- Mencintai ilmu
- Jaga kebersihan
- Jauhi perpecahan
- Selalu muhasabah diri
- Jangan sombong
- Hargai setiap peluang yang ada
- Selalu bersyukur
- Habiskan makanan yang di ambil sama ada di kenduri kahwin mahu pun di kedai makan. Wang memang milik anda, tapi persekitaran adalah milik bersama.  Ambil makanan dengan kadar yang mampu dihabiskan. Jika makan nasi goreng, mee goreng, rojak dan sebagainya yang tidak habis, sila bungkus untuk dibawa balik.
- Anda boleh lakukan perkara lain yang memberi kebaikan.

No comments:

Post a Comment