Monday, 1 March 2021

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH FIT MALAYSIA

Mati itu pasti. Individu yang telah meninggal dinamakan jenazah. Biarpun sehebat mana individu sebelum bergelar jenazah, apabila menjadi jenazah, tidak boleh melakukan apa-apa lagi terhadap diri sendiri.

Maka, yang perlu menyempurnakan jenazah itu adalah orang yang masih hidup. Pun begitu, pengurusan jenazah tidak boleh dilakukan secara sesuka hati. Sebaliknya ada tatacara dan kaedah yang perlu dilakukan.

Sebenarnya tidak banyak individu yang mahir menyempurnakan jenazah, terutama untuk memandikan dan mengkafankan. Apabila berlaku kematian, keluarga si mati berdepan masalah untuk mendapatkan khidmat jurumandi jenazah.

Menyedari keadaan tersebut, FIT Malaysia tampil mengendalikan kursus pengurusan jenazah untuk ahli-ahlinya.

Kursus sehari diadakan dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Kelantan. Turut menjayakan program tersebut ialah Jawatankuasa Masjid al-Mustaqim yang menjadi lokasi kursus.

Kursus dikendalikan Ustaz Mohd Kashuadi Abdul Ghani, pegawai dari Jabaan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) yang memberi penerangan secara teori dan praktikal.

No comments:

Post a Comment