Kampung
Budu diketahui sebagai tempat lahirnya Tok Gajah. Lokasi kampung tersebut strategik
untuk menjadi tempat pertahanan dari ancaman musuh kerana kedudukannya yang
dikelilingi tiga bukit.
Kampung
Budu dianugerahkan oleh Sultan Pahang kepada Tok Gajah berikutan bantuan beliau
dalam Perang Klang yang menyaksikan ketika itu Pahang menyebelahi Sultan
Selangor, Sultan Abdul Samad, sekali gus menerima gelaran kebesaran Pahang,
iaitu Orang Kaya Indera Gajah.
Tiada
siapa pernah menyangka bahawa di sebalik sebuah kampung yang memiliki khazanah
alam tidak ternilai harganya, ia sebenarnya menyimpan seribu satu kisah duka
yang tidak banyak dicatatkan di dalam lipatan sejarah.
Ada
satu peristiwa telah berlaku ketika bulan Ramadan pada Mei 1892. Peristiwa
tersebut di mana menyaksikan kira-kira 300 penduduk Kampung Budu terkorban
setelah kampung mereka dibakar oleh tentera British yang ketika itu ditentang
oleh pejuang-pejuang Melayu seperti Tok Gajah, Mat Kilau, Datuk Bahaman dan
pengikut mereka.
Pasukan
Tok Gajah pada waktu itu bersiap-siaga membina kubu pertahanan di sekeliling
kampung bagi menyekat kemaraan tentera upahan British.
Tok
Gajah dan Mat Kilau sememangnya telah menjangkakan British akan menyerang
Kampung Budu. Ini kerana Residen Inggeris ketika itu telah menggerakkan
kira-kira 400 polis tambahan dari Raub yang telah meningkatkan ketumbukan
pasukan tentera British di Kuala Lipis menjadi hampir 2,000 orang yang terdiri
daripada tentera upahan berketurunan Sikh dan Gurka.
Pembinaan
lapisan kubu dan parit dikaji dengan begitu teliti oleh pasukan Tok Gajah
dengan mengambil kira kedudukan topografi seperti bukit dan paya sebagai elemen
untuk pembinaan kawasan pertahanan tersebut sementara sumber air dari
sungai-sungai berdekatan juga turut dipastikan berada di dalam kawasan selamat.
Tambahan
pula kekuatan di pihak British telah berada di Kuala Lipis dan Raub ketika itu
sebagai persediaan untuk menyerang sambil satu pasukan tentera diketuai oleh
Residen British, Sir Hugh Clifford sendiri.
British
juga ketika itu telah menyediakan satu pasukan sokongan berserta tali barut di
pihak orang Melayu yang akan menyerang Kampung Budu dari arah utara iaitu dari
Kampung Temau sementara dua pasukan lain akan menyerang dari laluan darat
melalui muara Sungai Teka dan satu pihak akan menyerang dari sebelan timur
menerusi Penjom/Tanjung Besar.
Waktu
itu tentera upahan British mula mendarat di kawasan paya kering di sebuah tanah
lapang berhampiran Lubuk Besar pada awal bulan Ramadan dan masa itu sememangnya
dirancang kerana mempercayai pahlawan Melayu yang menentang mereka akan lemah.
Walaubagaimanapun
percubaan tentera upahan British selama dua minggu untuk melemahkan dan menawan
pasukan penentang Tok Gajah gagal. Ini berikutan perlbagai jerangkap samar yang
digunakan untuk menyerang hendap telah dipasang oleh pahlawan Melayu ketika
itu.
Antara
jerangkap sama yang digunakan ialah jerangkap samar yang menggunakan katak puru
dilumur dengan cili burung serta dibaling ke arah khemah-khemah askar-askar
itu. Ini membuatkan tentera upahan British menerima pelbagai tekanan dalam
usaha mereka menewaskan pasukan Tok Gajah.
Sementara
laluan perahu di sungai juga seringkali diterbalikkan oleh rintangan rotan
manau yang dijadikan jerangkap sehingga menyeksa tentera-tentera tersebut.
Kerana
keadaan itu, maka tentera-tentera upahan British ini menjadi tertekan kerana
bukan sahaja mereka gagal menangkap Tok Gajah tetapi tidak dapat berehat
secukupnya kerana serang hendap yang dilakukan pengikut Tok Gajah.
Akibat
dari peristiwa tersebut, tentera upahan British bertindak membakar seluruh
Kampung Budu. Peristiwa ini sesuatu yang diluar jangkaan dan amat menyedihkan
Tok Gajah serta pengikutnya.
Disebabkan
tentera British yang ramai, akhirnya pasukan Tok Gajah membuat keputusan
berundur dan melarikan diri ke Kampung Ulu Cheka setelah sebahagian mayat
penduduk kampung selesai dikebumikan.
Daripada
peristiwa berdarah di Kampung Budu itu, telah berlaku pula pertempuran demi
pertempuran yang membawa kepada penguasaan Inggeris di Hulu Pahang sehingga
akhirnya Pahang jatuh ke tangan penjajah.
Akibat
diburu oleh Pihak British, Tok Gajah, Datuk Bahaman, Mat Kilau dan sebahagian
besar pengikutnya terpaksa berpindah-randah. Walaupun ada kalanya mereka
mendapat sokongan dari pihak tertentu umpamanya di Kelantan dan Terengganu
namun ia tidak mampu menghalang kehendak British untuk menjajah Pahang.
No comments:
Post a Comment