Banyak aplikasi sekarang ini menampilkan kemudahan
muat naik video. Ia dianggap lebih menarik minat pengguna. Bahkan sekarang ini
iklan perniagaan lebih banyak dalam bentuk video di media sosial dan platform
e-dagang.
Justeru, sesiapa yang ingin mendapat
tontonan atau pengikut yang lebih banyak, penggunaan video lebih berkesan.
Pun begitu, tidak pula bermakna kita kena
berhenti menulis. Kaedah penyampaian melalui tulisan masih lagi sesuai
digunakan. Masih banyak orang yang minat membaca dan ingin mendapat sesuatu
melalui bentuk tulisan.
Bagi individu yang menulis akan mendorong dia
sendiri untuk membaca. Pembacaan itu mendorong kekuatan tumpuan, yang kemudian
akan menambah kekuatan untuk membaca dan pada sama ingin terus menulis.
Kita perlukan ekosistem menulis dan membaca di sekeliling bagi mengekalkan daya fikir. Ekosistem itu akan membantu satu sama
lain.
Teruslah menulis dan membaca, satu
keperluan akan terus kekal dalam penyebaran ilmu dan maklumat. Tidak semua
tempat dan keadaan sesuai untuk paparan video.
No comments:
Post a Comment