Jangan kutip sampah. Tentu
banyak orang tidak setuju. Sampah kena dikutip bagi mengelak ia mengotorkan
kawasan.
Sebenarnya, jangan kutip
sampah itu adalah merujuk kepada analagi kepada Law of The Garbage Truck atau
Peraturan Lori Sampah.
Sikap sesetengah individu
macam lori sampah. Hidup dia seharian asyik kutip sampah, kutip sampah, kutip
sampah, dari pagi sampai ke malam.
Sampai masa, lori sampah
dia penuh. Pada masa itu, dia sudah tidak boleh hendak kutip sampah
baru lagi. Jadi, untuk dia terus dapat mengutip sampah, dia kena cari tempat untuk
buang dan longgokkan sampah-sampah dia tu.
Sampah yang dimaksudkan itu
ialah melakukan sikap buruk seperti berdendam, suka marah, mengumpat, membuat
fitnah, suka masuk campur urusan orang lain, ego, sombong, dengki, tidak mahu
menerima nasihat orang lain, mudah marah, tidak mahu memaafkan orang lain dan
sebagainya.
Sikap buruk itu adalah
sampah yang dibawa masuk ke dalam diri. Dalam keadaan biasa, mungkin ia masih
mampu dikawal dan tidak menampakkan keadaan terdesak.
Namun, jika terlalu banyak
sampah sudah berada di dalam diri, ia akan terkeluar dengan sendiri atau perlu
dibuang.
Sebab itu kita selalu
berdepan dengan sikap individu mudah marah, suka makan orang lain, bertindak
ganas dan mengamuk tidak tentu pasal.
Jadi, untuk mengelak diri
kita menjadi lori sampah, jangan sekali-kali mengamalkan sikap-sikap berbentuk
sampah. Jangan bawa sampah dalam diri sendiri. Hiduplah dalam keadaan bebas
sikap buruk.
Jika ada individu cuba
membawa masuk sampah ke dalam diri kita, jangan terikut-ikut bertindak balas
dengan tidak wajar atau melakukan sesuatu yang lebih teruk.
Kalau kita bertindak balas,
itu bermakna kita telah mengambil separuh dari sampah mereka. Apabila kita mula
membawa sampah dalam diri, itu bermakna kita sudah mula menjadi lori sampah dan
akan terus mengutip sampah.
Jika ada sampah ingin
dihumbang ke dalam diri kita, jangan mudah menerimanya. Anda cuma perlu senyum,
dan tutup diri supaya sampah mereka tak masuk dalam anda.
Kalau anda beri mereka
peluang untuk masukkan sampah mereka dalam anda, kini anda sudah menjadi lori
sampah, sama seperti mereka. Apabila lori sampah anda telah penuh, anda pula
terpaksa buang sampah anda pada orang lain.
Sebab tu hari ini terlalu
banyak orang yang suka buat posting kecam sana, kecam sini, komen maki orang
sana, maki orang sini. Hina semua orang macam dia sorang sahaja yang suci.
Perli memerli dan sebagainya.
Kenapa? Kerana, bila mereka
boleh buang sampah mereka pada orang lain, mereka rasa lapang sikit sebab lori sudah
kosong.
Kerana itulah, semua orang
perlu belajar ilmu untuk menjadi orang yang bertenang, rasa aman damai, kawal
diri dan menguasai perasaan sendiri.
Perasaan orang pada kita,
kita tak boleh kawal. Tapi perasaan kita adalah kawalan kita. Kita boleh kawal
sepenuhnya. Itu sepenuhnya dalam kuasa kita.
Jadi, jangan buat sampah
dan mencari sampah untuk dimasukkan di dalam diri kita.
Gambar sekadar hiasan
No comments:
Post a Comment