Saturday, 18 March 2023

KAMPUNG SAMAH, TELIPOT, SABAH

 
Semasa melalui Jalan Telipot menuju ke Kota Kinabalu, terpandang satu papan iklan tertulis perkataan Kampung Samah. Tidak pasti sama ada “Kampung Samah” itu adalah sebuah nama kampung atau satu nama perniagaan.
 
Terdapat juga beberapa nama lain ditemui di kawasan berkenaan yang menggunakan nama “samah”.
 
Di Kelantan, perkataan “samah” merujuk kepada nilai wang sebanyak 50 sen. Tidak pasti sama ada “Kampung Samah” merujuk maksud 50 sen.
 
Tetapi dirasakan bahawa maksud “samah” itu tiada kaitan dengan nilai 50 sen.
 
Kemungkinan ia lebih merujuk kepada maksud yang lebih rapat dengan masyarakat Sabah.

No comments:

Post a Comment