Colek memang popular di Kelantan. Kalau
musim puasa, ia menjadi menu pilihan pada sebelah malam selepas berbuka atau
selepas Tarawih. Pada masa-masa lain, colek buah sentiasa mendapat permintaan
ramai.
Penjual colek biasanya beroperasi di kedai
dan ada juga yang bergerak dengan menggunakan motosikal. Salah seorang penjual
colek buah bergerak ialah veteran tentera bernama Yaacob Ismail. Bekas anggota
Kor Semboyan Diraja itu menggunakan jenama Colek Askar Best bergerak menjual
colek di kawasan sekitar Kota Bharu dan Bachok, Kelantan.
Mula berniaga colek sejak 1995, Yaacob
menjual colek buah terdiri limau bali, betik, jambu batu, jambu air, mempelam
dan pelbagai jenis buah lain mengikut musim.
Selain menjual colek, Yaacob turu menjadi agen
produk pemakanan tambahan jenama Catuaba.
Sesiapa ingin membeli colek atau Catuaba boleh
hubungi Yaacob di talian 019-9077940.
No comments:
Post a Comment